Salingan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fungsi salingan: y = 1/x

Dalam bidang matematik, salingan atau songsangan terhadap pendaraban bagi sebarang nombor x, apabila didarab dengan x, menghasilkan identiti terhadap pendaraban, iaitu 1. Salingan ditulis \tfrac{1}{x} atau x^{-1}.

Salingan bagi sebarang pecahan \tfrac{a}{b} ialah \tfrac{b}{a}. Salingan bagi sebarang nombor nyata boleh dikira dengan membahagikan 1 dengan nombor itu. Sebagai contoh, salingan bagi nombor 5 ialah \tfrac{1}{5} atau 0.2.

Fungsi f(x) yang memetakan x kepada \tfrac{1}{x} dinamakan fungsi salingan.