Samizdat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terbitan Samizdat

Samizdat (Bahasa Rusia: самизда́т,IPA: [səmɨzˈdat]) adalah salah satu aktiviti pembangkang di Kesatuan Soviet yang menghasilkan semula tulisan yang diharamkan dan kemudian mengedarkannya secara rahsia kepada orang ramai. Secara harfiah, perkataan samizdat berasal daripada perkataan sam (Rusia: сам) yang bermaksud "bersendirian" dan izdat (Rusia: издат yang merupakan ringkasan daripada издательство, izdatel'stvo, yang bermaksud "rumah penerbitan".

Tindakan akar umbi ini bertujuan untuk mengelak penapisan oleh kerajaan komunis dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat sekiranya mereka ditangkap. Vladimir Bukovsky meringkaskan aktiviti ini seperti berikut:

"Samizdat: saya menulisnya sendiri, menyuntingnya sendiri, menapisnya sendiri, menerbitkannya sendiri, berkongsinya sendiri, dan menghabiskan masa di penjara kerananya sendiri."[1]

Samizdat bermula daripada gerakan pembangkang di kalangan intelligentsia (cerdik pandai) Rusia dan kebanyakan samizdat ditujukan kepada kumpulan elit. Walaupun mereka tidak diedarkan secara meluas (purata pembaca hanya kira-kira 200,000 orang), ramai daripada mereka mempunyai kuasa atau jawatan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bukovsky 1979, m/s. 141.
  2. ^ Stelmakh 2001, m/s. 147.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Bukovsky (1979). To Build a Castle: My Life as a Dissenter. New York: Viking Press. ISBN 978-0-670-71640-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Stelmakh, Valeria D. (Winter 2001). "Reading in the Context of Censorship in the Soviet Union". Libraries & the Cultural Record. 36 (1): 143–151. doi:10.1353/lac.2001.0022. ISSN 1932-9555. Dicapai pada 2016-04-30.CS1 maint: ref=harv (link)