Sanitasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bakteria E. Coli di bawah pembesaran

Sanitasi merupakan cara untuk mencegah sentuhan manusia daripada bahaya bahan buangan untuk mempromosikan kesihatan. Bahaya ini mungkin sama ada dari segi fizikal, mikrobiologi dan agen-agen kimia bagi penyakit berkenaan. Bahan buangan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan adalah terdiri daripada tahi manusia atau binatang, sisa bahan buangan pepejal, air bahan buangan domestik (kumbahan, urin, bahan buangan mandian atau cucian), bahan buangan industri dan bahan buangan pertanian. Cara pencegahan bersih boleh dilakukan dengan menggunakan penyelesaian kejuruteraan (contohnya rawatan kumbahan dan sisa cecair buangan), teknologi mudah (contohnya tandas, tangki septik), atau amalan kebersihan peribadi (contohnya membasuh tangan dengan sabun).

[[en:Sanitation]