Sawa FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Radio Sawa (Arab: راديو سوا) atau Sawa FM ialah sebuah stesen radio Timur Tengah yang mendapat sambutan yang baik. Siaran radio RM ini juga boleh didengari melalui Arabsat, Eutelsat serta Nilesat. Sasaran radio ini ialah menyiarkan berita terkini, hiburan dan informasi, mengenai Timur Tengah, dunia dan Amerika Syarikat.

Radio Sawa bersiaran 24 jam, tujuh hari seminggu. Rangkaian berbahasa Arab ini mula ke udara pada 23 Mac 2002. Ia bersiaran dari studio di kawasan Washington, D.C., A.S. dan Dubai, U.A.E. serta biro berita di seluruh Timur Tengah.

Rangakaian ini merupakan perkhidmatan Middle East Broadcasting Networks, Inc. dan dibiayai dana awam oleh Broadcasting Board of Governors dan Kongres Amerika Syarikat.

Radio Sawa komited untuk kewartawanan piawaian tertinggi, pasaran bebas idea, penghormatan terhadap kecerdasan dan kebudayaan penontonnya, dan gaya yang ceria, moden dan memandang ke depan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]