Sejarah kartun pada tahun 1950 di Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah kartun pada tahun 1950 di Sabah bermula dengan pelukis kartun seperti Mohammed Yaman Hj. Ahmad Mus. yang menampilkan beberapa rekaan ilustrasi dan iklan. Karya-karyanya boleh dilihat di akhbar serta majalah terbitan tahun 50-an dan awal 60-an seperti kartun “ Adventure of Tom” dalam karya Anak Sabah dan “Tiga Serangkai” di Utusan Kanak-kanak di Malaya (semenanjung Malaysia) menggunakan nama pena Emwai Sabah. Beberapa majalah lain ialah surat khabar Salam keluaran Jabatan Penerangan Brunei.

Komiknya “Pa’ Lang” diterbitkan di Majalah Salam terbitan Jabatan Penerangan Brunei.[1] Lukisan beliau juga telah menghiasi beberapa buah buku dongeng dan sejarah. Pada tahun 1959, pelukis ini telah memenangi pertandingan Scroll. Hadiah telah disampaikan oleh keluarga Diraja British, Prince Philip semasa kunjungan ke Jesselton. Perkembangan seni kartun dan komik Sabah boleh di catatkan berdasarkan penglibatan Mohd Yaman Ahmad Mus dalam beberapa penerbitan media di Sabah pada Akhir 50-an.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.