Sekatan (ketenteraan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekatan armada British terhadap pelabuhan Perancis Toulon pada 1810-1814, oleh Thomas Luny

Sekatan atau kepungan dalam ketenteraan merujuk kepada usaha yang dilaksanakan oleh sesuatu pihak untuk mencegah sebarang bentuk persediaan, pasukan, maklumat, bekalan makanan ataupun bantuan yang dibuat oleh pihak lawan. Sekatan adalah salah satu perkara yang hampir mempunyai persamaan dengan usaha-usaha menyekat pengaruh ketenteraan atau mungkin juga sebagai suatu langkah advokasi untuk memulakan persengketaan ke arah pertempuran. Ia juga sebagai suatu langkah atau cara untuk menyemai benih-benih ketegangan di antara pihak bersengketa supaya akhirnya pihak bersengketa dapat melibatkan diri ke kancah pertempuran. Kepungan juga berfungsi sebagai suatu medium untuk menjatuhkan pihak lawan, ia turut dilakukan dengan cara menyekat segala usaha murni untuk mengembalikan nilai kemanusian sejagat.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhasrat untuk memasukkan kesalahan "sekatan" ke dalam senarai jenayah perang pada tahun 2009.