Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tsi Sin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

https://tsisintenom.blogspot.com/

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tsi Sin
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 321, 89908, Tenom,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6087736063
Kod sekolahXCC1346
PengetuaVUN CHEE ON
GPK Pentadbiran dan AkademikLIAW SIEW YUNG
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSIEW PEI PEI
Penolong Kanan KokurikulumHO NYUK JIN
Faks6087736063
Laman sesawang


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tsi Sin atau nama ringkasnya SJK(C) Tsi Sin, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Peti Surat 321.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tsi Sin memiliki 72 pelajar lelaki dan 66 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 138 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lokasi SJK (C) Tsi Sin terletak di Ladang Sapong dan nama asalnya ialah Sekolah ‘Hua Qiao’.Ketika itu populasi pekerja ladang semakin bertambah dan ketiadaan sekolah di kawasan yang berdekatan menyebabkan anak-anak pekerja ladang sering berpeleseran. Atas faktor tersebut, pada bulan Julai 1949, pegawai perubatan Ladang Sapong. En.Thomas Liang Qiao, En.Jian Xing Li, En.Lin Wu dan En. Liang Dao Sheng berancang mengasaskan sebuah sekolah baru. Bangunan kelab lama Ladang Sapong diubahsuai untuk dijadikan bilik darjah. En.Nie Bao Hua dilantik untuk memegang jawatan guru besar. Sebanyak empat kelas dibuka dari Tahun Satu hingga Tahun Empat dan jumlah murid seramai 32 orang.


           Pada bulan Jun 1950, En.Nie Bao Hua meletakkan jawatan guru besar dan jawatan tersebut diganti oleh En.Chen Kong Lin. Lembaga Pengurus Sekolah mula ditubuhkan pada bulan Julai 1950. Jawatan pengerusi disandang oleh En.Yong Wei He. Pada tahun 1952, En.Vung Nyit Chiang memegang jawatan guru besar. Dalam tempoh lima tahun ini, jumlah bilangan murid masih kurang daripada 30 orang.


           Pada tahun 1955. En.Lee Kee Yu memegang jawatan guru besar manakala kelas yang ditawarkan dari Tahun Satu hingga Tahun Tiga sahaja. Menjelang tahun 1957, pihak Ladang Sapong memperuntukkan sebidang tanah untuk membina bangunan baru sekolah dengan syarat berkongsi dengan sekolah Melayu. Sekolah Hua Qiao mengambil sidang pagi manakala sekolah Melayu pula mengambil sidang petang. En.Lee Kee Yu meletakkan jawatan guru besar pada bulan Disember.


           Pada tahun 1958. En.Ho Nyuk Lin menyandang jawatan guru besar. Jumlah bilangan murid menjangkau 37 orang. Kelas Tahun Empat dibuka semula. Sistem pentadbiran sekolah bertambah baik dan bilangan murid turut meningkat. Kerajaan menghantar seorang guru untuk berkhidmat di sekolah dan ini telah meringankan beban guru besar. Sekolah mempunyai bangunan sendiri manakala bilangan murid bertambah hingga 60 orang. Prestasi murid dalam bidang akademik semakin bertambah baik.

                                                                                                                                               

            Pada tahun 1962, kerajaan mewajibkan semua sekolah rendah mengenakan yuran persekolahn sebanyak RM5.00 bagi setiap murid. Sejak negeri Sabah menyertai Malaysia pada tahun 1963, sistem persekolahan bagi sekolah rendah Cina turut berubah. Gaji guru besar dan tenaga pengajar dibayar oleh kerajaan manakala sistem pentadbiran sekolah juga mengikut arahan Kementerian Pendidikan. Masalah kewangan terutamanya gaji tenaga pengajar turut terlerai. Lembaga Pengurus Sekolah sekarang dapat menumpukan perhatian terhadap fizikal sekolah. Bilangan murid bumiputera masih ramai. Nazir sekolah Cina En.Chen Guo Wei mengemukakan usul menukar nama sekolah. Melalui mesyuarat Lembaga pengurus Sekolah, nama sekolah ‘Hua Qiao’ ditukar kepada sekolah ‘Tsi Sin’. Pada tahun 1964, mereka mencadangkan bahawa nama sekolah ini diubah menjadi “SJK(C) TSI SIN” dan dihantar ke pejabat pendidikan untuk memohon kelulusan dan telah diterima daripada pihak atasan, maka dengan itu nama sekolah ini pun ditukar sehingga sekarang.


           Kerajaan melaksanakan dasar pendidikan percuma sekolah rendah pada tahun 1966 dan secara langsung meringankan beban yang dipikul oleh para ibu bapa. Anak-anak murid daripada keluarga termiskin berpeluang menimba ilmu di sekolah. Sebuah lagi sekolah Cina dibuka di Batu Lapan,Sapong dan ini secara langsung menyebabkan kemerosotan bilangan murid menurun ke paras 26 orang sahaja.


           Dari tahun 1971 hingga 1976,  bilangan murid terus meningkat menjadi  40 orang. Menjelang tahun 1978, bilangan murid menjangkau lebih daripada 60 orang. Menurut pekeliling pendidikan, Sekolah Tsi Sin layak menerima perkhidmatan empat orang guru. Daripada komposisi murid, murid bangsa cina hanya mendirikan 20% daripada jumlah murid dan selebihnya merupakan murid bumiputera. Bilangan guru bertambah seorang lagi kepada lima orang menjelang tahun 1984. En.Ho Nyuk Lin yang telah menyandang jawatan guru besar selama 27 tahun bersara pada 12 Januari 1985. Pn.Lai Nyuk Yung memangku jawatan guru besar. Pada tahun yang sama, pertama kali dalam sejarah sekolah kerani dihantar ke sekolah dan sekali gus meringankan beban guru besar.


           Walaupun pentadbiran sekolah semakin terarah ke tahap mapan, sekolah masih menghadapi masalah guru yang tidak terlatih. Kelas Tahun Lima pertama kali ditawarkan pada tahun 1987. Pemangku guru besar, Pn.Lai Nyuk Yung pula bertukar sekolah. Jawatan guru besar disandang oleh En.Tai Nyuk Wei. Pada tahun 1988, kelas Tahun Enam menempa sejarah kerana pertama kali murid dari Sekolah Tsi Sin berjaya melanjutkan dan menamatkan persekolahn peringkat sekolah rendah.                                                                                                              


Meskipun Sekolah Tsi Sin sebuah sekolah Cina tetapi majoriti muridnya terdiri daripada murid bumiputera. Bilangan murid juga tidak ramai dan punca utamanya terdapat sebuah sekolah Melayu terletak berdekatan. Malahan, sekolah menghadapi masalah kemungkinan akan ditutup. Guru Besar En.Tai Nyuk Wei memohon kepada Jabatan pendidikan Sabah agar sekolah dipindahkan supaya berdekatan dengan Pekan Tenom. Pada Tahun 1990, Jabatan Pendidikan telah memutuskan bahawa sekolah ini dipindah ke Taman Ten San, Kg.Amboi 2 Tenom. Lembaga Pengurus Sekolah, guru besar, guru-guru dan ibu bapa menggembleng bantuan kewangan daripada pihak kerajaan. Akhirnya sekolah berjaya dipindahkan ke tapak sekarang di Amboi pada pertengahan tahun 1991. Sekolah ini bermula operasi dengan 4 kelas pada tahun 1991. Pada bulan Disember sesi persekolahan 1991 – 1992, murid-murid mula belajar di bangunan baru sekolah. Bilangan murid Tahun Satu mencecah angka 20-an. Jumlah bilangan pelajar pada tahun 1992 meningkat kepada 75 orang.


           Bilangan tenaga mengajar turut bertambah pada sesi persekolahan 1992 – 1993. Sekolah semakin menempa kejayaan dari pelbagai bidang. Murid-murid mula terlibat dalam pelbagai aktiviti, termasuk aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Di peringkat permulaan, pencapaian murid masih kurang memuaskan tetapi pencapaian mereka semakin bertambah baik. Jumlah bilangan pelajar sesi persekolahan 1993 – 1994 meningkat  sehingga  98 orang.


           Pada tahun 1994, bilangan murid semakin bertambah dan pihak sekolah menghadapi masalah kekurangan bilik darjah. Oleh itu, pihak sekolah berancang dan telah mendapat bantuan kewangan daripada Kerajaan dengan membina sebuah blok bangunan baru untuk dijadikan sebagai pejabat, bilik guru, makmal sains dan pusat sumber. Guru Besar En.Tai Nyuk Wei bersara pada bulan Disember 1994. En.Tham Fook Weng memangku jawatan guru besar. Pada penghujung tahun, seorang tukang kebun dihantar oleh Jabatan Pendidikan Sabah untuk bertugas di sekolah.


           Pada tahun 1995, Pn.Tham Sau Yung diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Sabah untuk memegang jawatan guru besar. Bilangan murid menjangkau 103 orang manakala bilangan tenaga mengajar turut stabil. Sekolah mulai mempunyai kelas sehingga Tahun 6 dan memduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Tukang kebun bertukar sekolah pada awal tahun. Guru-guru dan murid-murid bekerjasama menjalankan kerja-kerja keceriaan sekolah. Kerja tersebut turut dibantu oleh AJK Lembaga Pengurus Sekolah.                                                                          


           Pada tahun 1996, pihak sekolah masih menghadapi masalah pertukaran tenaga mengajar dan ini sedikit banyak menjejaskan prestasi murid. Sekolah menerima bantuan kewangan daripada kerajaan dan wang tersebut digunakan untuk membina sebuah dewan mini. Kerani sekolah  bertukar sekolah pada bulan September 1997 dan ini membebankan guru besar dan para tenaga mengajar di sekolah. Bilangan tenaga mengajar menjangkau 11 orang menjelang tahun 1998 manakala jumlah bilangan murid seramai 127 orang. Bagaimanapun, bilangan tenaga mengajar menurun ke paras 9 orang. Kerani yang bertukar sekolah kembali semula bertugas. Walau bagaimanapun, bilangan tenaga mengajar masih mencukupi menjelang tahun 2000 manakala jumlah murid menjangkau 127 orang pada tahun 2001. Guru Besar Pn.Tham Sau Yung bersara pada 2 Februari 2001 dan Pn.Woo Ken Ying memangku jawatan guru besar


           Pada 18 Julai 2001, En.Lee Ket Ping diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Sabah untuk memegang jawatan guru besar. En.Lee Ket Ping berusaha menceriakan kawasan sekolah dengan pelbagai pokok bunga. Dalam alaf baru ini, SJK(C) Tsi Sin bersedia dan terus maju ke depan untuk mencapai kecemerlangan yang lebih menyerlah lagi pada masa-masa akan datang dalam pelbagai aspek. Beliau terus berjuang untuk penambahbaikan akademik dan fizikal sekolah. Dalam pandangan fizikal, jalan raya masuk ke sekolah dari Taman Ten San telah dinaik taraf dengan tar oleh kerajaan melalui bantuan dari Ahli Parlimen N.181 Tenom.


           Pada pertengahan Tahun 2005, beliau kemukakan cadangan mewujudkan satu mini makmal komputer dan satu ‘ Dewan Mini Serbaguna’ di sekolah maka dengan kerjasama yang erat dengan warga sekolah dan ahli Lembaga Pengurusan Sekolah satu kempen kutipan wang melalui  makan amal telah diadakan pada Tahun 2006. Pada Julai 2007, pihak Lembaga Pengurusan Sekolah telah berjaya mendirikan sebuah ‘Dewan Mini Serbaguna’ . Tambahan pula, mereka terus memperolehi 15 buah komputer ( bahan terpakai  dari Sekolah Menengah Tshung Tsin Tenom ) supaya kelas asal komputer dapat dijalankan pada awal Tahun 2008.  Guru Besar En. Lee Ket Ping bersara pada 13 Mac 2008. 


        Pada 16 Julai 2008 Encik Vun Chee On diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Sabah untuk memegang jawatan guru besar di SJK(C) Tsi Sin Tenom.  Encik Vun Chee On meneruskan usaha mantan guru besar Encik Lee Ket Ping dalam usaha menceriakan kawasan sekolah dan melonjatkan kecemerlangan pencapaian akademik . Pada bulan Febuari 2009, SJK(C) Tsi Sin telah menerima peruntukan RM500,000.00 di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Negara Batch 1 untuk pembinaan bangunan baru 2 tingkat ( 6 bilik darjah). Bilik darjah telah siap dalam tempoh satu tahun dan mula digunakan pada bulan April 2010. Lembaga Pengurusan Sekolah berjaya menjimatkan sejumlah wang dari peruntukkan RM 500,000.00 untuk tujuan pembinaan tembok penghalang banjir kilat (pagar konkrit) setinggi 2 kaki dan berjaya selesaikan masalah banjir kilat yang berlaku selama ini. Sebuah pondok pengawal konkrit serba indah (7 kaki X 7 kaki) turut didirikan untuk menggantikan pondok yang telah usang dan tidak selamat. 


Pada Bulan Jun 2009, SJK(C) Tsi Sin telah mencipta sejarahnya dengan pembukaan  kelas komputer pertamanya setelah ditangguh selama setahun. Dengan bantuan modal 2007 yang diperuntukan, pihak sekolah berjaya naik taraf tandas murid , kantin, makmal sains,  sistem pendawaian III fasa dan pembaikan bumbung blok pentadbiran pada bulan Oktober  2009. Dengan adanya sokongan kewangan daripada Lembaga Pengurusan Sekolah dan orang awam, 10 unit komputer telah dibeli untuk kegunaan murid, Sistem  PA telah dinaik taraf dengan sokongan Lembaga Pengurusan Sekolah dan badan koperat yang bekerjasama dengan pihak sekolah.


Pada tahun 2010, bilik muzik, bilik PJPK, bilik Pemulihan, bilik SPBT, bilik agama, bilik Bahan Bantu Mengajar, bilik gerakan kecemasan, bilik pekerja swasta telah diwujudkan. Pada tahun tersebut, sekolah telah berjaya masuk ke peringkat negeri pertandingan  Sekolah Rakan Alam Sekitar.  Pada bulan Disember 2010, Lembaga Pengurusan Sekolah telah membantu menaiktarafkan bilik guru dengan pemasangan jubin lantai , cat semula serta  pembelian kerusi meja untuk guru dan pembantu tadbir. Keceriaan bilik darjah dan bilik guru telah membawa semangat baru kepada seluruh warga sekolah. Dengan bantuan Lembaga Pengurusan Sekolah dan sumbangan orang ramai, siaraya sekolah telah dipasang dan beroperasi mulai tahun 2011.


Pada tahun 2011, sekolah telah mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia pembinaan sebuah bangunan prasekolah di bawah RMK 10, memandangkan bangunan prasekolah hanya akan dibina pada tahun 2012 tetapi kelas prasekolah mesti dijalankan pada awal tahun 2012, pada bulan Disember 2011, sekolah telah menggunakan sumber kewangan LPBT untuk mengubahsuai bilik SPBT / bilik gerakan kecemasan menjadi bilik prasekolah sementara. Kelas prasekolah beroperasi tepat pada 04 Januari 2012 dengan jumlah pelajar seramai 23 orang. Bangunan prasekolah mula dibina pada bulan Febuari 2012.


Pada tahun 2012, sekolah Tsi Sin telah masuk satu era baru iaitu bilangan pelajar mencapai 152 orang. Sekolah akan mengemukakan permohonan naik gred dari SKM ke sekolah Gred B. Pada bulan Mac 2012, sekolah menerima bantuan  peruntukkan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Tenom   untuk pembaikan bilik darjah dan naik taraf bilik pentadbiran. Bilik pentadbiran yang lengkap dengan bilik guru besar, bilik penolong kanan pentadbiran, bilik penolong kanan HEM ,bilik penolong kanan Kokurikulum dan bilik pembantu tadbir yang serba indah telah disiapkan pada bulan April 2012. Wajah baru ini telah membawa semangat baru kepada seluruh warga Tsi Sin untuk pertingkatkan mutu perkhidmatan sekolah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Oktober 2022 (Hari Khamis), SJKC Tsi Sin Tenom telah menjadi pengelola bersama dengan PPD TENOM untuk Majlis Penutupan Cabaran Pasukan Unit Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah di Dewan SJKC Tsi Sin Tenom.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tsi Sin
Peti Surat 321
89908, Tenom
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087736063
Fax = 6087736063

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

https://tsisintenom.blogspot.com/

https://www.facebook.com/sjkctsisin.tenom

https://youtube.com/@sjkctsisintenom