Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Min Nam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Min Nam (明南学校)
Lokasi
KUALA TERIANG,, 07000 LANGKAWI,, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1926
Nombor sekolah049531887
Kod sekolahKBC6018
Faks049531886


Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Min Nam atau nama ringkasnya SJKC Min Nam, merupakan sebuah sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Kedah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Min Nam terletak di Barat Laut Pulau Langkawi, merupakan sebuah sekolah rendah yang bermula pada tahun 1924. Masyarakat setempat yang menyedari kepentingan untuk mempunyai sebuah sekolah untuk mendidik anak bangsanya telah sebulat suara merancang dan berusaha sehingga tertubuhnya sekolah terawal pada tahun 1926.

Sekolah terawal ini merupakan sebuah rumah atap yang terletak di Pekan Lama, Padang Matsirat. Bangunan ini disewa bersama oleh masyarakat Cina. Sejajar dengan itu seorang guru, Cikgu Wei Siau Sing telah diupah. Beliau telah memikul tanggungjawab mendidik seramai lebih 20 orang murid. Status sekolah pada ketika itu ialah sekolah swasta. Nama sekolah yang digunakan hingga sekarang juga ilham Cikgu Wei. Pengerusi Lembaga Pengurus yang pertama ialah En. Zhuang Da Shu. Pihak lembaga pengurus bukan sekadar mengurus dan berperanan sebagai penasihat, malah memainkan peranan mengutip yuran bulanan untuk membiayai gaji guru dan perbelanjaan sekolah.

Malang tidak berbau, bangunan sekolah ini telah hangus dijilat api pada tahun 1948. Pihak lembaga sekolah terpaksa menyewa sebuah rumah lain di Pekan Baru, Padang Matsirat untuk meneruskan tugas mulia ini. Guru ketika itu ialah Cikgu Chen Tian Chong, diikuti dengan Cikgu Chew Jiang San. Sekolah ini juga telah berjaya mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan Taiwan, namun status di Tanah Melayu masih kekal sebagai sekolah swasta.

Berikutan daripada rumah yang disewa tidak dapat menampung bilangan murid yang semakin bertambah, satu cadangan membina bangunan sekolah telah diusulkan. Kutipan derma dijalankan dengan kaedah berikut, setiap pembelian sebakul ikan atau sebungkus isi kelapa akan didermakan seringgit kepada pihak sekolah. Kutipan derma ini telah dipertanggungjawabkan kepada Syarikat Hai Huat. Memandangkan pertempatan masyarakat Cina banyak bertumpu di sekitar Kuala Teriang sebagai pelaut, maka sebuah bangunan yang mempunyai 2 bilik darjah telah dibina di Kuala Teriang pada tahun 1967. Ketika itu sekolah telah mempunyai Guru Besar. Pada masa yang sama, sekolah ini telah mendapat bantuan modal daripada kerajaan tempatan. Oleh kerana bantuan modal daripada kerajaan tempatan masih tidak mencukupi, kutipan yuran diteruskan. Pengerusi Lembaga Pengurus ketika itu ialah Encik Wang Jing Liang diikuti dengan Encik Kuang Hua Sin (1927-1975), Encik Wang Jing Qing (1975-1980), Encik Zhuang Loo Yun (1980-1994) dan Encik Law Chang Loong (1994-2000), Puan Lao Poh Ying (2001-2002), Encik Tan Bao Yu (2002-2003), dan Encik Lim Hong Soon (2004).

Pada tahun 1967, dengan kesedaran tentang kelemahan bangunan sekolah yang dibina atas tapak persendirian yang disewa, maka satu perbincangan dengan tuan tanah Encik Khor Tian Song telah diadakan. Berkat murah hati Encik Khor tapak sekolah ini telah dibeli dengan harga yang murah iaitu RM 1900. Kerajaan telah memperuntukan sebahagian besar perbelanjaan membina bangunan baru sekolah ini. Menteri Pendidikan pada ketika itu ialah YB Dato’ Johari. Beliau telah benyak memberi bantuan dalam hal ini.

Pada tahun 1968, sekolah baru mulai digunakan. Ramai Guru Besar yang telah mentadbir sekolah ini, antaranya ialah En. Wang Nu tan, En. Chen Xin Yao, En. Wang Zheng Fu, En. Liang Sau Hua, En. Ch’ng Beng Yik , En. Lai Heng Hwa, Cik Ng Dee Ing, En. Lee Chien Sang, En. Teoh Ah Choo, En. Soo Oh Guan, En. Chiah Siew Fei, Pn. Tee Bee Ee, En. Lim Kuan Ang, En. Lim Ah Tang dan En Ong Bak Khim

Memandangkan ramai guru berasal dari luar Pulau Langkawi dan tidak mempunyai tempat penginapan, Guru Besar Ch’ng Beng Yik telah mengusulkan satu cadangan mengadakan larian amal mengelilingi Pulau Langkawi mengutip derma bagi membina quartes guru. Quartes guru yang terdiri daripada 2 pintu rumah telah siap dibina pada tahun 1994. Pada tahun 1995, sebuah bilik Sains dan bilik setor telah didirikan atas usaha dan bantuan kerajaan.

Pada tahun 1998, memandangkan bangunan lama tidak mencukupi untuk menampung penambahan bilangan murid, maka pihak lembaga sekolah mencadangkan memperluaskan bangunan sekolah. Kutipan derma dijalankan bagi membina bangunan baru yang mempunyai 3 bilik darjah yang standard dan sebuah pentas. Namun, projek ini tergendala selama 1 tahun kerana modal yang tidak mencukupi. Akhirnya, atas bantuan YB Dato’ Abu Bakar Taib, kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM 30 ribu, dan projek ini dapat diteruskan dan siap pada 18 Januari 2000.

Dalam pada itu, bantuan yang dihulurkan oleh masyarakat Langkawi juga besar ertinya buat sekolah ini. Keprihatinan JPN Kedah dan PPD Langkawi dengan meluluskan bantuan modal untuk mengecat bangunan dan sebagainya.

Sekolah ini akan menyambut ulang tahun ke-100 tahun pada tahun 2024. Semoga semua bekas murid dan individu yang prihatin akan perkembangan sekolah dapat menghubungi pihak sekolah untuk makluman lanjut. 明南小学将会在2024年庆祝百年校庆,校方希望校友们及关心华小的善心人翁能够联络校方以便索取更多咨询。感恩。

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Min Nam,
MUKIM PADANG MATSIRAT,
KUALA TERIANG
07000 LANGKAWI,
KEDAH DARUL AMAN.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]