Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Castlefield

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Castlefield
Lokasi
Batu 11 3/4 Jalan Puchong, PUCHONG, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah380611767
Kod sekolahBBD8451
Faks380611767


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Castlefield atau nama ringkasnya SJK (T) Castlefield, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Batu 11 3/4 Jalan Puchong.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Castlefield memiliki 251 pelajar lelaki dan 225 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 476 orang. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Castlefield dibuka pada tahun 1928. Sekolah ini ditubuhkan oleh pengurus ladang ‘Ladang Thurai London’ dibawah pengurusan Syarikat Kamban.

3 orang guru bersama 60 orang murid telah melalui sistem pendidikan permulaan . Dalam tahun 20 an dua bilik bengkel membaiki kereta digunakkan disebelah bilik kelas awalan. Pada masa tersebut murid – murid dari ladang persekitaran akan bersekolah di sekolah ini.

Guru besar pertama yang berkhidmat adalah En.Mathivanan .Bilangan murid telah bertambah sehingga 300 orang dalam 30 an dan 40 an.

Pada tahun 1956. sekolah ini telah diberi kawasan persekolahan di lot 3191 dengans 1 buah bangunan yang mengandungi 2 buah bilik darjah .Dua lagi bangunan dibina dalam tahun 70 an. Keluasan sekolah pada masa itu adalah 6000 kaki persegi.

Pada tahun 1988 sekolah ini telah dipindahkan ke lot 5286 di ladang. Castlefield mengikut arahan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor darul Ehsan .Bangunan di Lot 5286 adalah sebuah bangunan Hospital Ladang .Ianya diubahsuai untuk menjalankan sistem pembelajaran.

Selepas Guru besar pertama En.Appadurai berkhidmat sebagai guru besar yang kedua di sekolah ini dari tahun (1940 -1960) Pada zaman 30 an dan 40 an penambahan murid menyebabkan sekolah ini mengalami kekurangan meja , kerusi dan kemudahan infrastruktur.

Selepas itu En.Poobalasingham menjadi guru  besar yang ketiga ke sekolah ini. Beliau berkhidmat dari tahun (1961- 1972). Zaman ini dikenal sebagai zaman kegemilangan sekolah ini . Terapat banyak perubahan yang drastik di sekolah ini pada masa pentabdiran beliau. Sekolah ini dikenali sebagai sekolah yang cemerlang antara sekolah-sekolah yang lain. Akademik murid meningkat dan murid – murid mula mengambil bahagian dalam pertandingan antara negeri. Bidang ko-kurilukum juga menjadi aktif dimana murid mewakili sekolah dan negeri untuk pertandingan larian dan sebagainya. Jumlah murid juga meningkat dan ramai ibu bapa merebut rebut untuk menghantar pelajar mereka ke sekolah ini.

Selepas beliau E.S.Sivapragasam menjadi guru besar dari tahun (1973- 1984). Beliau juga turut mengekalkan taraf PNP dan nama baik sekolah. Beliau juga berkhidmat dengan cemerlang.pada tahun 1985 hingga      Sep 1985 untuk beberapa bulan En.Kamalanathan menjadi guru besar di sekolah ini.

Pada tahun 1985 hingga tahun 1990 En.Ramli Abdullah menjadi gurubesar di sekolah ini. Pada zaman inilah ladang castlefield telah dipidahkan ke bangunan hospital. .Pada masa itu guru seramai 17 orang dan murid seramai 280 orang.

Selepas itu En Subramaniam Muthusamy mentabdir sekolah ini. Seterusnya En.Balakrishnan telah menjadi guru besar di sekolah ini. Selepas En.Balakrishnan ,En .Arumugam telah menjadi guru besar di sekolah ini.

Selepas beliau dari tahun 2008 hingga  Ogos 2009 En.Selvadurai menjadi guru besar di sekolah ini. Beliau juga boleh dikatakan membuat banyak perubahan ke sekolah dari segi fizikal. Membina tapak perhimpunan, membuat landskap untuk sekolah,membina bilik mesyuarat ,menubuhkan bilik info genius,jubin lantai pusat sumber, pejabat guru besar yang lengkap, kerusi meja untuk kantin sekolah, pondok pengawal ,baik pulih padang sekolah  dan sebagianya . Semua perubahan ini dibantu dan dibuat bersama sama dengan bantuan PIBG sekolah.

Pada bulan Ogos 2009, Pn.N.Amani telah dilantik  sebagai guru besar yang baru sehingga kini. Beliau telah melakukan pelbagai perubahan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran sedia ada sekolah ini seperti memperkenalkan amalan membaca di kalangan murid–murid yang lemah dan mengadakan perjumpaan dengan ibubapa secara kerap bagi meningkatkan prestasi murid-murid. Sehingga kini beliau masih bertungkus-lumus untuk memajukan pencapaian akademik di sekolah ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Castlefield
Batu 11 3/4 Jalan Puchong
Selangor, Malaysia
Telefon = 380611767
Fax = 380611767

Pautan luar[sunting | sunting sumber]