Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Batak Rabit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Batak Rabit
Lokasi
TELUK INTAN, HILIR PERAK
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
MotoLBR MORE TO GO
Kod sekolahABD5113
Pengerusi PIBGEN.VILVANATHAN
PengetuaEN.V.ARUMUGAM
GPK Pentadbiran dan AkademikPN.K.KOGILAVANI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN.S.ANBALAGI
Penolong Kanan KokurikulumEN.R.THAMILSELVAN
Faks05-6210109


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Batak Rabit atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Batak Rabit, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Ldg.Batak Rabit,Km 1 Jalan Kampong Banjar.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Batak Rabit memiliki 45 pelajar lelaki dan 36 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 81 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya sekolah ini ialah sebuah hospital bagi penghuni –penghuni Ladang Nova Scotia. Apabila hospital ini dipindahkan ke batu 5 ianya ditukar menjadi sebuah sekolah mulai  1930an. Pada mulanya tanah ini dibawah pemilikan lading dankemudian tanah ini didermakan kepada pihak pengelolaan lembaga pengurus sekolah. Bangunan sekolah terdiri daripada separuh papan separuh batu yang mengandungi 2bilik darjah. Ada kemudahan air, elaktrik, tandas dan padang.

Dari tahun 1965 hingga 1975 jumlah murid sekolah ini adalah dalamlingkungan 40-45 orang sahaja. Oleh sebab kekurangan murid, pada awal tahun 1980 dengan desakan dari Jabatan Pendidikan Perak, sekolah ini disyorkan supaya dicantumkan bersama SJK (T) Jalan Ah Cheong.Tetapi percubaan ini tidak berjaya kerana tidak disetujui oleh pihak ibu bapa.

Suatu sesi perbincangan telah diadakanpada tahun 1981, dimana para ibu bapa bersetuju untuk menghantar anak – anak mereka ke sekolah ini. Pada waktu yang sama mereka juga bersetuju untuk membina dan membaiki keadaan bangunan sekolah yang tidak selamat.

Dengan persetujuan Jabatan Pendidikan, telah dibuat suatu kutipan derma sebanyak Rm 10, 000 ( termasuk wang dari peruntukan ahli Parlimen Exco Negeri) dan kerja –kerja pembinaan juga telah dibuat. Keadaan fizikal bangunan telah diubahsuai dan inimemberi suasana yang selesa dan gembira untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Jumlah murid telah meningkat kepada 60 orang. 

Pada tahun 1986 dengan daya usaha serta kerjasam Pengurus Lembaga En.Y. Kandan, PJK telah memohon bantuan wang dari Dato Seri S. Samy Velu, Pengerusi MIC Kebangsaan. RM5000 telah diluluskan dan wang tersebut telah digunakan untukmembinabanguanan tambahan dimana sebuah bilik gerakan, bilik stor dan bilikguru besar telah siap dibina.

Banguan sekolah ini terdiri daripada separa batu dan papan.Jumlah bilikdarjah adalah 3 sahaja diman kelas dijalankan secara bercantum. Ada sebuah bilik setor, bilik guru besar,pusat sumber dan bilik gerakan. Tandas untuk murid lelaki dan perempuan sedia ada tetapi dalamkeadaan tidak memuaskan dan tidak mencukupi. Kemudahan asas seperti bekalan air dan elaktrik telah disediakan oleh kerajaan dimana sekolah akan membuat bayarannya. Selain itu, sebuah padang dipunyai oleh sekolah. Walaupun kemudahan serba kekurangan, namun pengajaran danpembelajaran dijalankan dengan lancar.

Pada tahun 2005 dengan daya usaha pihak sekolah dapat juga bantuan peruntukan sebanyak RM30 000 bagi memperbaiki bumbung dan memperbaiki bilik dajah. Kini keadaan sekolah bertambah baik dengan adanya pelbagai kemudahan yang diperlukan untuk P&P yang berkesan. Jumlah murid sekarang ialah seramai 118 serta 10 orang guru dan seorang guru besar. Dua orang PTR dan 3 orang pekerja swasta pembersihan.      

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian akademik

BIL SUBJEK UPSR / 2015 UPSR / 2016 UPSR / 2017 UPSR / 2018 UPSR / 2019
1 BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN 27.8  % 80.0  % 75  % 100  % 95.7
2 BAHASA MALAYSIA PENULISAN 61.1  % 55.0  % 70  % 89  % 82.6
3 BAHASA INGGERIS PEMAHAMAN 77.7  % 60.0  % 75  % 100  % 95.7
4 BAHASA INGGERIS PENULISAN - 65.0  % 70  % 60  % 87.0
5 BAHASA TAMIL  PEMAHAMAN 100  % 65.0  % 85  % 95  % 95.7
6 BAHASA TAMIL  PENULISAN 61.1  % 70.0  % 75  % 90  % 87.0
7 MATEMATIK 100  % 75.0  % 81  % 100  % 95.7
8 SAINS 88.9  % 100  % 90  % 100  % 95.7

Pencapaian Kokurikulum

2018

NAMA PROGRAM :PERTANDINGAN CATUR MSSD HILIR PERAK

PERINGKAT     : DAERAH

                                                

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Batak Rabit
Ldg.Batak Rabit,Km 1 Jalan Kampong Banjar
36000, Teluk Intan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 05-6210109
Fax = 05-6210109

Pautan luar[sunting | sunting sumber]