Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Highlands

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Highlands
Lokasi
Persiaran Batu Nilam 2, Bandar Bukit Tinggi 2, Klang, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1910
Nombor sekolah03-33235274
Kod sekolahBBD0074

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Highlands atau nama ringkasnya SJK (T) Ladang Highlands, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Persiaran Batu Nilam 2, Bandar Bukit Tinggi 2, Klang, Selangor.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Highlands memiliki 420 pelajar lelaki dan 429 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 849 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1910. Pada mulanya penduduk Ladang Highlands terdiri daripada pekerja-pekerja kaum India. Sekolah ini ditubuhkan khas untuk anak-anak mereka. Sekolah ini merupakan sekolah kedua tertua di Negeri Selangor.[1] Pada tahun 1919, sekolah ini terletak di kawasan Kuil Maha Mariamman.

Pada tahun 1915 – 1920 seorang mandur bertugas sebagai guru. Pada tahun 1920 pula sekolah ini didirikan di tanah berasingan dan seorang kerani singala bertugas sebagai guru di sekolah ini.

Selepas penjajahan Jepun pengurusan sekolah ini berjalan dengan lancar di bawah penjajahan Inggeris. Bangunan sekolah ini rosak semasa penjajahan Jepun pada tahun 1946. Oleh yang demikian pihak pengurusan ladang telah membina bangunan baharu. Pada tahun 1947 kerani ladang telah bertugas sebagai guru besar. Pada tahun 1966 pengurus ladang En. G.C. Macok telah membina sebuah bangunan baharu. Pada tahun 1967 sekolah ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Manikavasagam. Bangunan ini terdiri daripada 3 buah bilik darjah, sebuah pejabat di tanah berluas 1.5 ekar. Pada tahun 1975, kilang kelapa sawit telah dipindahkan ke tempat lain. Sejurus itu bilangan murid sekolah mula berkurangan. Rumah kediaman pekerja pula mula dirobohkan sedikit demi sedikit. Pada tahun 1986 Kementerian Pendidikan menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM 5000. Dengan ini pihak pengurusan kuil dan ADUN Shah Bandar En. Sellathevan telah melibatkan diri untuk pembinaan sekolah ini.

Pada 1994 pula sebuah bangunan kembar dengan 3 buah bilik darjah telah didirikan. Ketika itu En. Mayakrishnan bertugas sebagai guru besar. Bangunan kembar ini telah dirasmikan oleh Dato Seri S. Samy Vellu.

Selepas itu, sekolah ini mula meningkat maju tetapi penduduk ladang pula mula kehilangan pekerjaan. Mereka berpindah ke tempat lain. Ini mengakibatkan bilangan murid mula berkurangan. Dalam situasi ini, sekolah terpaksa menghadapi pelbagai masalah. Pihak pemaju Gemilang Waras Sdn. Bhd. Bukit Tinggi telah meminta tapak sekolah ini dan sebagai gantinya mereka berjanji akan memberi tapak lain. Justeru itu ibubapa, orang awam, PIBG, Cawangan MIC, Dato Seri S. Samy Vellu, Dato Sivalinagm, En. S. Periasamy (PKNS), bekas guru besar En. Kaanjimalai, En. Kuppusamy dan Cikgu Arjunan telah mengadakan perundingan bersama pihak pemaju. Hasilnya sekolah ini telah mendapat tapak baharu dan kerja-kerja pembinaan telah bermula. Pada akhir tahun 2003 bangunan baharu telah siap dibina. Pada tahun 2007 Lembaga Pengelola Sekolah di tubuhakan. Dengan ini satu Blok Tambahaan 6 Bilik Darjah telah berjaya dibina dalam pentadbiran Pn. K. Kalaimalar yang mengambil alih tugas pada tahun 2007.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Highlands
Persiaran Batu Nilam 2, Bandar Bukit Tinggi 2
Klang, Selangor, Malaysia
Telefon = 03-33235274
Faks =

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1971. m/s. ?.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]