Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Lenggeng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Lenggeng
Lokasi
 Malaysia Ladang Lenggeng, 71750, Lenggeng,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6067591323
Kod sekolahNBD4087
Pengerusi PIBGK. Uthayakumaran
PengetuaK. Saravanan
FaksTIADA
Map


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Lenggeng atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Lenggeng, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Ladang Lenggeng.[1]

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Lenggeng memiliki 35 pelajar lelaki dan 35 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 70 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Lenggeng ditubuhkan pada tahun 1930 bawah peruntukan Ordinan Buruh India 1912. Perkembangan sejarah sekolah ini telah menemui beberapa anjakan samada dari segi sistem penyampaian mahupun lokaliti sekolah. Pada tahun 1930, majikan ladang menubuhkan sekolah ini di tapak ladang justeru, dinamakan Lenggeng Estate Tamil School. Menurut Ordinan Buruh 1912, sesebuah majikan perlu mendirikan kemudahan sekolah di ladang masing-masing sekiranya ada 10 orang kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 14 tahun.

Menurut The Consolidated Malay Rubber Estates, Limited, majikan Ladang Lenggeng diurustadbir oleh syarikat agensi Paterson, Simons & Co, Ltd, Kuala Lumpur. P.de V. Butler menjadi pengurus ladang pada tahun 1918. Maka, penubuhan sekolah ini adalah berasaskan undang-undang Ordinan Buruh 1912. Disamping penyediaan kemudahan asas, majikan ladang perlu menanggung bayaran elaun atau gaji bagi guru-guru yang dilantik oleh majikan ladang. Pada awalnya, kelas bahasa Tamil dan ilmu hisab (matematik) diajarkan oleh mandor (penyelia pekerja ladang) pada waktu petang.

Pada tahun 1930, kerajaan Inggeris mengawas pendidikan di sekolah dengan melantik seorang pegawai yang dikenali sebagai 'Inspector of Indian Schools in Malaya'. Pegawai ini mengawas sekolah-sekolah Tamil di Singapura, Melaka, Pulau Pinang, Wellesley, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang. Dengan yang demikian, mulai tahun 1938 pendidikan di sekolah ini ditambahbaik dan diselaraskan dengan sukatan pelajaran di di Wilayah Madras, Selatan India. Latihan untuk guru-guru juga disediakan oleh kerajaan British.

Dalam zaman penjajahan Jepun ketika Perang Dunia Kedua, sekolah tidak berfungsi secara sistematik. Kedaifan hidup pekerja ladang akibat sekatan ekonomi sedunia dan ketiadaan guru serta majikan ladang menyebabkan kelangsungan sekolah terbantut. Sekolah mula beroperasi sejak tahun 1946. Bermula tahun 1947, kerajaan British memberi latihan kepada guru-guru. Gaji guru diselaraskan. Kerajaan wujudkan Darjah Tujuh khas untuk melahirkan guru. Ini membolehkan sekolah ini turut menikmati kemudahan guru-guru yang terlatih khasnya selepas tahun 1950.

Pada awalnya, sekolah didirikan di pinggiran kuarters pekerja ladang. Lokaliti telah berubah dipindahkan ke tapak baharu di Bandar Tasik Senangin. Enrolmen murid pada tahun 2022 adalah seramai 84 orang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Berjaya melahirkan murid yang berjaya dan memberi sumbangan terhadap kemajuan negara. a. Ahli Professional 1. Dr. Nagalechumi - Perubatan 2. V. Raju - Bacelor Pertanian 3. R. Tangavelu - Guru Bertauliah


b. Ahli Perniagaan / Politik c. Tenaga Mahir - bekerja di Ladang dan Kawasan perindustrian Beranang, Semenyih dan Nilai

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Lenggeng
Bandar Tasik Senangin
71750, Lenggeng
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6067591323
Fax = TIADA

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Sidang Penulis Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan(1975) Sejarah Sekolah-Sekolah di Negeri Sembilan 1870-1974percetakan Oriental: Seremban.
  • Arul Das Arumugam (2011) Sejarah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tun Sambanthan, Pajam. ISBN 978-967-10446-0-5
  • The Singapore and Straits Directory, 39th (1918) The Consolidated Malay Rubber Estates, Limited (Page 695)
  • Kandan.A, 1979. மலேசியாவில் தமிழ்ப்பள்ளியும் தமிழ்க்கல்வியும் (Sekolah Tamil dan Pendidikan Tamil di Malaysia. Sungai Sumun: Sungai Sumun Tamil Association

Pautan luar[sunting | sunting sumber]