Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sungai Renggam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sungai Renggam
Lokasi
 Malaysia 18/1, Jalan Pinang, Seksyen 18, SHAH ALAM, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah655419445
Kod sekolahBBD8468
Faks655419445


Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Renggam atau nama ringkasnya SJK (T) Sunggai Renggam, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di 18/1, Jalan Pinang, Seksyen 18.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sg Renggam memiliki 595 pelajar lelaki dan 605 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1200 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SJK (t) Sungai Renggam telah ditubuhkan pada tahun 1937 dengan bantuan Pengurus ladang sungai Renggam.Sekolah ini telah didirikan di atas tanah seluas setengah ekar dengan jumlah murid seramai 50 orang.Pada ketika itu En.Rajinder iaitu kerani lading tersebut telah berkhidmat sebagai guru sehingga tahun 1941. Sekolah ini ditutup pada tahun 1942 – 1946 disebabkan perang dunia kedua.Sekolah ini telah dibuka semula pada tahun 1946 dan En.Sinnatamby telah dilantik sebagai guru besar sehingga tahun 1960.Beliau telah diganti oleh En.K.Kannan sebagai guru besar baru sekolah tersebut.Jumlah murid pada masa beliau menjawat jawatan sebagai guru besar telah mencecah seramai 80 orang. Pada tahun 70 an, Shah Alam mula mengalami pembangunan yang pesat.Kesan pembangunan ini menyebabkan SRJK(T) Ladang Bukit Jelutong ( Ladang Kelapa Sawit ) dan SRJK(T) Ladang Bukit Jelutong ( Ladang getah ) ditutup.Ini menyebabkan murid-murid dari kedua-dua sekolah berpindah ke sekolah ini dan bilangan murid telah meningkat secara mendadak. En.V.Duraisamy telah dilantik sebagai guru besar pada tahun 1977 dan telah berkhidmat sehingga tahun 1983.Pada tahun 1982, tanah terletaknya sekolah ini telah ditanda sebagai tanah perumahan oleh PKNS. Justeru itu, PKNS telah mendirikan 2 buah bangunan sementara untuk sekolah ini di seksyen 18, Shah Alam.Pada 6hb.Oktober 1983,Sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru dengan bantuan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Pada tahun 1984, En.Sockanathan telah dilantik sebagai Guru Besar baru sekolah tersebut.Oleh kerana bilangan murid yang meningkat dari semasa ke semasa, sekolah kini menghadapi masalah kekurangan bilik darjah.Dengan bantuan PIBG sekolah, Lembaga Sekolah , Persatuan bekas murid, Para Ibu bapa dan murid-murid sekolah, beberapa bilik darjah dan sebuah kantin sekolah telah dibina.Pada ketika itu bilangan murid sekolah ini adalah 364 orang, bilangan guru 14 orang dan 4 orang kakitangan sekolah. Bilangan murid yang meningkat tanpa batasan telah menyebabkan pembinaan bangunan tambahan pada tahun 1986.Bangunan ini telah dibina oleh Pihak PIBG sekolah dengan mengadakan persembahan amal.

Sekolah ini mula beroperasi secara sesi pagi dan sesi petang pada tahun 1987 setelah bilangan murid mencecah 600 orang.Ketika itu En.Harikrishnan telah dilantik sebagai Guru Besar baru sekolah ini.Satu bangunan tambahan Pusat Sumber sekolah telah dibina pada tahun 1990 hingga 1991 dan telah dirasmikan oleh Menteri Kerjaraya pada ketika itu iaitu YB.Datuk Seri S.Samy Velu.Pada tahun 1994 bilik guru ,pejabat dan tandas telah dinaik taraf. En.Harikrishnan telah bersara pada tahun 1997 dan tugasnya sebagai Guru Besar telah diambil alih oleh En.Subramaniam.Beliau telah berkhidmat di sekolah tersebut selama 5 bulan sebelum bersara. Pada tahun 1998, Puan J.Lachhami telah mengambil alih tugas sebagai guru besar baru.Semasa beliau menjadi guru besar, sekolah ini telah memperolehi tanah seluas 3.65 ekar.Peguam En.Pasupathi dengan sukarelanya membantu pihak sekolah mendapatkan tanah tersebut. Parti MIC yang diterajui YB.Datuk Seri S.Samy Velu telah mengambil inisiatif untuk membina dan menyiapkan dua blok bangunan sekolah tiga tingkat dan sebuah kantin baru bagi sekolah ini menggantikan bangunan lama yang telah usang.Pihak PIBG sekolah ini berjaya mengutip RM 260 000 melalui Jamuan Makan malam dan dihadiri oleh YB.Datuk sendiri pada tahun 2001. Pembinaan bangunan baru sekolah telah mula pada tahun 2001 dan siap dibina pada hujung tahu 2002.Pada Ogos tahun 2001, Puan K.Kogilavani telah memikul tanggungjawab sebagai Guru Besar sekolah yang baru.Operasi sekolah telah berpindah ke bangunan baru pada akhir tahun 2002.Banyak kemudahan telah diwujudkan oleh Pn.Kokilavani di sekolah ini sepanjang masa beliau menjadi guru besar.Mutu akademik murid-murid juga telah meningkat. Pada tahun 2003,sekali lagi sekolah telah mengalami perubahan dalam pucuk pentadbiran sekolah di mana Pn.komalam telah dilantik sebagai guru besar.Setelah itu, beliau telah diganti oleh En.M.Veerapandian sebagai guru besar baru pada tahun 2005.Sekolah telah mencapai enrolmen murid seramai 1130 orang ketika beliau menjadi guru besar. Pada September 2007, En.V.Venugopal telah dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini menggantikan En.M.Veerapandian yang bersar pada 15hb.Ogos 2007.Beliau sedang menjalankan tugasnya sebagai guru besar sekolah sehingga kini.Banyak perubahan telah diperkenalkan oleh beliau dalam usaha untuk meningkatkan mutu akademik dan pencapaian kokurikulum murid-murid sekolah ini. Sekolah ini telah mencapai peratus kelulusan UPSR yang menggalakan.Sekolah ini merupakan antara sekolah yang terkenal di seluruh Negara dengan menghasilkan bilang murid yang ramai memperolehi 7 A dalam UPSR setiap tahun.Disamping akademik, sekolah ini mempunyai rekod pencapaian yang sangat cemerlang dalam bidan kokurikulum dan ko-akademik di peringkat Zon MBSA, Daerah Petaling, Negeri Selangor dan di peringkat Negara. En.V.Venugopal telah diberi mandat sebagai Guru Besar di SJK(T) Puchong batu 14 mulai 6hb Ogos 2009.Tanggungjawab beliau sebagai guru besar di sekolah ini telah diambil alih oleh Pn.S.Vimala Devi mulai 6hb.Ogos 2009.Beliau sedang menjalankan tugasnya sebagai guru besar dengan begitu tekun dan bertanggungjawab. Sekolah ini dapat mencapai tahap kecemerlangan ini dengan hasil usaha Pentadbiran Sekolah, Guru-guru dan murid-murid serta PIBG dan masyarakat serta pemimpin-pemimpin politik dan juga NGO.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sg Renggam
18/1, Jalan Pinang, Seksyen 18
Selangor, Malaysia
Telefon = 655419445
Fax = 655419445

Pautan luar[sunting | sunting sumber]