Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 4
Lokasi
 Malaysia JKR 921P, Jalan Semarak, Felda Tenggaroh 4, 86810, Mersing, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6077911275
Kod sekolahJBA4013
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 4 atau nama ringkasnya SK (Felda) Tenggaroh 4, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di JKR 921P, Jalan Semarak, Felda Tenggaroh 4,.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 4 memiliki 148 pelajar lelaki dan 87 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 235 orang. Ia mempunyai seramai 21 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Felda Tenggaroh 4 terletak di dalam gugusan Felda Tenggaroh, kira-kira 60 km ke selatan Bandar Mersing dan bersempadanan dengan Daerah Kota Tinggi. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1hb. Januari 1986. Di awal penubuhannya, sekolah ini adalah di bawah pentadbiran SK LKTP Tenggaroh 2 dengan Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham Ali Hanapiah bin Hj. Talib

Bangunan asal sekolah hanya merupakan sebuah blok pentadbiran yang mengandungi 4 bilik darjah dan sebuah blok kantin. Jumlah guru ketika itu adalah seramai 9 orang iaitu 2 orang guru lepasan Maktab Perguruan dan 7 orang guru sandaran tanpa latihan. Jumlah murid adalah seramai 214 orang. Tidak berapa lama selepas penubuhannya, sebuah blok yang mengandungi 4 bilik darjah lagi telah didirikan secara gotong-royong.

Memandangkan bilangan murid semakin bertambah, pada tahun 1991 telah dibina bangunan 2 tingkat dan mula digunakan pada 1hb Februari 1992. Ia mengandungi ruang pejabat, bilik guru, perpustakaan, pusat sumber dan 4 bilik darjah. Pada tahun 1993, sekolah ini telah dinaikkan taraf kepada sekolah Gred A. Dalam tahun itu juga sekolah ini telah berjaya merangkul Anugerah Sekolah Dalam Taman Peringkat Negeri Johor.

Pertambahan murid dan keperluan terhadap kemudahan pendidikan telah membawa kepada pembinaan sebuah blok 4 tingkat yang dimulakan pembinaannya pada tahun 1998. Blok inimengandungi 6 bilik darjah, bilik sains, bengkel Kemahiran Hidup, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik komputer, bilik tayang dan pusat sumber. Bangunan ini mula digunakan pada 1hb. Mac 2000.

Semenjak pertambahan penubuhannya, seramai 10 orang Guru Besar telah dipertanggungjawabkan mentadbir sekolah ini, termasuk Guru Besar sekarang iaitu En. Mansor b Tahir yang mula menjawatnya mulai 1hb. April 2013. Sekolah ini juga telah dianugerahkan Pengurusan/Kepimpinan Guru Besar 2009 dan Penarafan Kendiri Sekolah Rendah 2009 menggunakan instrumen SKPM.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 4
JKR 921P, Jalan Semarak, Felda Tenggaroh 4,
86810, Mersing
Johor, Malaysia
Telefon = 6077911275
Fax = 6077911275

Pautan luar[sunting | sunting sumber]