Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 5
Lokasi
Felda Tenggaroh 5, 86810, Mersing, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6077911717
Kod sekolahJBA4025
Guru besarPn. Roshita Binti Jaffar
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Hashimah bt Jusoh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Mohd Salihin bin Abu Bakar
Penolong Kanan KokurikulumEn. Alias Bin Mat Amin
Faks6077911717


Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 5 atau nama ringkasnya SK (Felda) Tenggaroh 5, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Tenggaroh 5.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 5 memiliki 165 pelajar lelaki dan 174 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 339 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 05, ditubuhkan pada 1 Januari 1987. Sekolah ini terletak ditengah-tengah tiga petempatan FELDA iaitu FELDA Tenggaroh 5, FELDA Tenggaroh Timur 1 dan FELDA Tenggaroh 7 .Keluasan sekolah ini adalah 13.8 ekar.

Pada asalnya sekolah ini mempunyai lima blok bangunan yang dilengkapi dengan bilik-bilik darjah, pusat sumber, bilik guru, pejabat dan kantin. Bangunan ini telah dibina oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP). Pada tahun 1990, sebuah bangunan tambahan telah dibina secara bergotong royong bagi menampung pertambahan bilangan murid. Blok bangunan ini menempatkan Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Bilik Sains dan surau.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini di bawah pentadbiran Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 1.Berikut senarai nama Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini:

  1. Tn. Hj. Atan Bin Hj. Endut (Allahyarham)  : 1 Jan 1987 - 15 Okt 1987
  2. Tn. Hj. Abdul Rashid Bin Hashim  : 16 Okt 1987 - 15 Okt 1992
  3. En. Razali Bin Mat. Dom  : 16 Okt 1992 - 31 Mac 1996
  4. En. Basari Bin Md. Dohom  : 1 April 1996 - 15 Julai 2002
  5. Hjh. Maimon Bt. Depee  : 16 Julai 2002 - 10 Nov 2005
  6. Tn. Hj. Wahid Bin Jonid  : 16 Nov 2005 - 31 Dis 2009
  7. En. Rosli Bin Davi  : 4 Jan 2010 - 19 Jun 2010
  8. En Kamaludin Bin Sujan  : 19 Jun 2010 - 01 Ogos 2013
  9. En. Rasedy Bin Baba  : 01 Sept. 2013 - 24 Jun 2014
  10. En. Kamis Bin Hasan  : 24 Jun - 27 Jun 2016
  11. Pn. Rahmah Binti Talib  : Julai 2016 - 26 Nov 2017
  12. Pn. Roshita Binti Jaffar  : Jan 2018 - Sekarang

Pada bulan Ogos 1990, sekolah ini dinaikan tarafnya menjadi sekolah kebangsaan gred A.

Pada tahun 2001 bangunan blok B telah diruntuhkan dan digantikan dengan sebuah bangunan baru empat tingkat yang terdiri enam bilik darjah, sebuah makmal sains, bilik kemahiran hidup, pejabat, perpustakaan, bilik komputer, bilik musyuarat dan juga bilik muzik.

Peringkat awal penubuhan sekolah ini, bilangan murid adalah seramai 129 orang dengan 12 orang tenaga pengajar. Pada 1994 bilangan murid semakin bertambah sehingga mencecah 1147 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 49 orang.

Pada tahun 1995 pula, seramai 907 orang murid bersekolah disekolah ini dengan bimbingan seramai 38 orang tenaga pengajar. sesi persekolahan dibahagikan kepada dua sesi dimana sesi pagi untuk murid-murid tahap 2 dan sesi petang untuk murid-murid tahap 1.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 5
Felda Tenggaroh 05
86810, Mersing
Johor, Malaysia
Telefon = 6077911717
Fax = 6077911717

Pautan luar[sunting | sunting sumber]