Sekolah Kebangsaan (1) Gombak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan (1) Gombak
Lokasi
 Malaysia Km 8, Jalan Gombak, KUALA LUMPUR, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah361896143
Kod sekolahBBB7301
Faks361896143


Sekolah Kebangsaan (1) Gombak atau nama ringkasnya SK (1) Gombak, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Km 8, Jalan Gombak.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (1) Gombak memiliki 527 pelajar lelaki dan 425 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 952 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Gombak Satu ini dahulunya dikenali dengan nama National Type Primary School (English) Gombak Setia yang telah dimulakan persekolahannya pada 4 Januari 1960 dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Gombak Setia. Pada awalnya sekolah ini ada dua kelas sahaja iaitu bagi Special Malay First Class dan Standard One Class.

Mr. Yap Swee Kee, guru bersara telah dilantik semula sebagai Guru Ketua dengan dibantu oleh Mr. G. Ramachandran yang juga seorang guru bersara. Bilangan muridnya ketika itu seramai 61 orang iaitu 38 orang murid lelaki dan 23 orang murid perempuan. Daripada jumlah itu terdapat seramai 59 murid melayu dan 2 orang murid berbangsa cina. Pada tahun berikutnya bilangan murid semakin bertambah.

Pada bulan Januari 1962, Mr. Jangir Singh seorang guru Normal Superscale telah ditukarkan ke sekolah ini menjadi Guru Besar. Apabila murid bertambah ramai sekolah ini berpindah dan menumpang di Sekolah Chung Hwa High School, Jalan Gombak pada tahun 1962 yang dijalankan pada sesi petang.

Setelah melalui pelbagai halangan, sebuah bangunan tetap dimulakan pembinaannya di satu tapak seluas 5 ekar yang bertempat di Kilometer 8, Jalan Gombak (tapak sekolah sekarang). Pada 14 Januari 1963 bangunan sekolah ini telah mula digunakan dengan jumlah muridnya seramai 273 orang dan jumlah kelasnya ialah 7 buah kelas dengan gurunya seramai 11 orang.

Pada 28 November 1964 sekolah ini telah dirasmikan penggunaannya oleh Yang Berhormat Datuk Harun bin Haji Idris (S.M.S) selaku Menteri Besar Selangor ketika itu. Bersempena dengan perasmian tersebut, sukan tahunan yang pertama telah diadakan.

Pada awal tahun 1971 SRJK (Inggeris) Gombak telah berpecah dua menjadi SRJK (Inggeris) Satu Gombak dan SRJK (Inggeris) Dua Gombak dengan dua pentadbiran yang berlainan. Pada tahun 1975 sekolah ini dikenali dengan nama SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN GOMBAK SATU. Bangunan asalnya ialah bangunan Blok A. Pada tahun 1971 telah dibina bangunan Blok C, tahun 1979 dibina bangunan Blok B dan Blok D dibina pada tahun 1991

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Kokurikulum Sk (1) Gombak terbahagi kepada tiga, iaitu:

Rumah sukan[sunting | sunting sumber]

Rumah sukan yang terdapat di Sk (1) Gombak adalah sebanyak 4 rumah, iaitu:

Rumah Sukan Gelaran
1. Hijau Dato Bahaman
2. Biru Tun Perak
3. Merah Hang Tuah
4. Kuning Mat Kilau

Kelas - Kelas[sunting | sunting sumber]

Tahun 1
▪ 1 Adil
▪ 1 Aktif
▪ 1 Amal
▪ 1 Arif
Tahun 2
▪ 2 Adil
▪ 2 Aktif
▪ 2 Amal
▪ 2 Arif
Tahun 3
▪ 3 Adil
▪ 3 Aktif
▪ 3 Amal
▪ 3 Arif
Tahun 4
▪ 4 Adil
▪ 4 Aktif
▪ 4 Amal
▪ 4 Arif
Tahun 5
▪ 5 Adil
▪ 5 Aktif
▪ 5 Amal
▪ 5 Arif
Tahun 6
▪ 6 Adil
▪ 6 Aktif
▪ 6 Amal
▪ 6 Arif

Jumlah keseluruhan : 24

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan (1) Gombak
Km 8, Jalan Gombak
Selangor, Malaysia
Telefon = 361896143
Fax = 361896143

Pautan luar[sunting | sunting sumber]