Sekolah Kebangsaan (Felda) Keratong 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan (Felda) Keratong 1
Lokasi
 Malaysia Bandar Tun Razak, BANDAR TUN RAZAK, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6094457449
Kod sekolahCBA8015
Faks6094458916


Sekolah Kebangsaan (Felda) Keratong 1 yang terletak di Felda Keratong 1, pada asalnya ditubuhkan khusus untuk keperluan pendidikan anak-anak peneroka Felda Keratong 1 dan Felda Keratong 2. Ia ditubuhkan pada tahun 1978. Guru Besar pertama di sekolah ini ialah En. Kasran bin Ahmad, dibantu oleh tenaga pengajar seramai 12 orang.

Empat tahun pertama sekolah ini beroperasi menggunakan rumah peneroka sebagai premis sementara. Bilangan murid yang menuntut di sekolah ini pada mulanya seramai 344 orang. Bilangan murid semakin bertambah kepada 693 orang pada tahun 1979 dan seramai 878 orang pada tahun 1980. Bilangan murid di sekolah ini pernah mencecah lebih 1000 orang pada pertengahan tahun 1980-an hingga 1990-an

Pada tahun 1982 sekolah ini telah mendapat bangunan sendiri yang terdiri daripada dua blok untuk pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan lain pada masa itu ialah satu blok kantin, padang bola dan rumah guru. Lokasi sekolah ini berhadapan dengan Pejabat Felda Keratong 1. Kedudukannya amat strategik kerana terletak di tengah-tengah perkampungan Felda Keratong 1.

Prasarana sekolah ini semakin bertambah seiring dengan pertambahan murid. Sehingga kini sekolah mempunyai lapan blok yang digunakan untuk kemudahan murid-murid.

Pada tahun 2002, Sekolah Kebangsaan (Felda) Keratong 1 telah menyediakan program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk murid-murid berkeperluan khas. Ia telah dirasmikan oleh Tn Hj Ahmad Tajuddin bin Abdul Hamid, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia pada 23 Mac 2002.


PRASARANA SEKOLAH

Terkini, SK (Felda) Keratong 1 mempunyai tujuh blok bangunan PdP dan pentadbiran, sebuah makmal komputer, sebuah kantin, gelanggang serbaguna dan sebuah padang bola sepak.

Sekolah ini juga telah mendapat sebuah makmal komputer pada tahun 2002 beserta kemudahan-kemudahan ynang membolehkan murid menggunakan teknologi maklumat (ICT) semasa belajar.

Pada tahun 2006 dua blok bangunan sekolah telah dibina yang terdiri daripada sebuah bangunan 4 tingkat dan sebuah bangunan 3 tingkat. Kedua-dua bangunan tersebut menyediakan kemudahan 10 bilik darjah, bilik Sains, surau dan bengkel RBT dan sebuah dewan terbuka.


MURID

Pada tahun 1978 iaitu semasa sekolah ini mula ditubuhkan, terdapat seramai 344 murid yang belajar di sini. Ia terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Keratong 1 dan Felda keatong 2. Pada tahun 1979 bilangan murid bertambah kepada 693 orang dan seterusnya meningkat kepada 878 orang pada tahun 1980.

Terkini, bilangan murid di SK (LKTP) Keratong 1 berjumlah 462 orang yang terdiri daripada murid aliran perdana ( 367 orang), prasekolah (53 orang) dan PPKI (42 orang).

Komposisi kaum pula terdiri daripada Melayu, India dan Orang Asli. Majoriti murid merupakan generasi ketiga Felda Keratong 1. Selain itu, terdapat juga murid-murid yang datang dari kampung berhampiran iaitu Kampung Rekoh.

TENAGA PENGAJAR DAN STAF

Pada peringkat awal, seramai 13 orang guru termasuk Guru Besar telah ditempatkan di sekolah ini. Jumlahnya meningkat seiring dengan pertambahan biilangan murid.

Sehingga kini jumlah guru adalah seramai 42 orang, manakala Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) pula seramai lapan orang. Ia juga dibantu oleh pekerja swasta dalam sektor pembersihan (4 orang) dan sektor keselamatan (4 orang).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan (Felda) Keratong 1
Bandar Tun Razak
Pahang, Malaysia
Telefon = 6094457449
Fax = 6094458916

Pautan luar[sunting | sunting sumber]