Sekolah Kebangsaan Amalania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Amalania
Lokasi
Peti Surat 61059, 91119, Lahad Datu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA3107[1]
FaksTIADA
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google.


Sekolah Kebangsaan Amalania atau nama ringkasnya SK Amalania, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Lahad Datu.[2]

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Amalania memiliki 88 pelajar lelaki dan 68 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 156 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah dirasmikan pada 25 Mei 1984 oleh Yang Berhormat Tan Sri Hj. Abdul Hamid Egoh Selak.

Sekolah Kebangsaan Amalania adalah sebuah sekolah yang terletak di ladang kelapa sawit Amalania Koko Berhad (AKB) yang merupakan satu kawasan pedalaman di sebuah Ladang yang menjadi pemilikan Glenealy Plantations. Jarak sekolah ini dari jalan besar di luar ladang adalah sepanjang 70 km ke dalam yang memakan masa hampir 2 jam perjalanan dan perlu melalui jalan tar dan jalan gravel dan berbatu. Sekolah ini terdiri daripada beberapa blok binaan termasuklah bilik darjah, bilik guru, pejabat, bangunan Pra-sekolah, surau, kantin, dewan mini, makmal sains dan Pusat Sumber Sekolah. Keadaan sekolah ini yang terletak di pedalaman menyebabkan ia menghadapi masalah sumber air yang bersih, masalah sumber tenaga elektrik, dan masalah rangkaian telekomunikasi. Sekolah ini menjadi tempat pendidikan bagi anak-anak peladang yang bekerja di dalam ladang AKB dan ladang-ladang berhampiran seperti Ladang Tamaco, Ladang Timora dan Bukit Mas. Sekolah terlibat dalam program TS25 dan ianya amat menekankan pencapaian murid, sama ada dari segi kurikulum, kokurikulum, mahu pun sahsiah murid.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Amalania
Peti Surat 61059
91119, Lahad Datu
Sabah, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]