Sekolah Kebangsaan Badak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Badak
Lokasi
 Malaysia Cabang Tiga Melawi, 16310, Bachok, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097787100
Kod sekolahDBA0003
Faks6097787102
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Badak atau nama ringkasnya SK Badak, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Cabang Tiga Melawi.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Badak memiliki 421 orang pelajar lelaki dan 405 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 826 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru.2009

Pada 2017, Sekolah Kebangsaan Badak memiliki 277 pelajar lelaki dan 295 pelajar perempuan termasuk pelajar dua buah kelas Prasekolah, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 572 orang. SK Badak seramai mempunyai 15 orang guru lelaki dan 35 orang guru perempuan menjadikan jumlah keseluruhan guru seramai 50 orang.2017

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Badak merupakan sebuah sekolah kebangsaan kategori luar bandar yang terletak di Kampung Badak, Cabang Tiga Melawi, 16310 Bachok, Kelantan.

SK Badak pada asalnya dibina di Kg. Gong Pulut di kawasan berdekatan tetapi dipindahkan ke kawasan yang lebih strategik iaitu di Kampung Badak. SK Badak diberi nama sempena nama Kampung Badak di mana tertubuhnya sekolah ini pada tahun 1945. Sejarah ringkas Kampung Badak pula mengambil nama sempena gelaran seorang lelaki yang tinggal di kampung tersebut pada zaman dahulu kala. Berdasarkan cerita orang-orang tua, ada disebutkan bahawa pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang tinggal di kampung tersebut terkenal dengan kegagahan dan keperkasaannya sehingga diberi gelaran “Badak” oleh penduduk kampung. Lama-kelamaan, kampung tersebut terkenal dengan panggilan Kampung Badak sehingga sekarang. Di kampung inilah SK Badak yang telah melalui zaman perubahannya sejak ditubuhkan pada tahun 1945 kini berdiri pada hari ini.

Pembangunan infrastruktur sekolah berterusan. Sekali lagi pada 2013, sebuah blok bangunan empat tingkat telah rasmi diduduki. Bangunan ini menempatkan 6 buah bilik darjah, pejabat, bilik mesyuarat, bilik J-Qaf dan bilik-bilik khas yang lain. Masalah kekurangan bilik terutamanya bilik darjah telah dapat diatasi sepenuhnya. 

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Badak
Cabang Tiga Melawi
16310, Bachok
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097787100
Faks = 6097787102

Pautan luar[sunting | sunting sumber]