Sekolah Kebangsaan Badang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Badang
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Kod sekolahKBA0004
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Badang atau nama ringkasnya SK Badang, merupakan sebuah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.[1]


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Badang bermula sebagai sebuah Sekolah Rakyat. Ia diasas dan didirikan oleh orang-orang kampung dari kampung Badang dan Kampung Ulu Tawar dan sekitarnya, dan dibina daripada kayu yang diambil dari persekitaran. Pembinaannya hanya dengan memasang dinding dan bumbung tampa berlantaikan simen.

Sekolah Rakyat ini dibuka mulai 1 April 1935 bersamaan tahun Hijrah 1355. Guru Besar pertamanya ialah En Abd Wahab b Mohd Noor dan pembantunya En Tajuddin b Md Yussof. Jumlah murid ketika itu seramai 80 orang dan kesemuanya ialah lelaki. Kanak-kanak perempuan tidak dibenarkan bersekolah ketika itu. Pada tahun 1950, kerajaan telah mengambil alih sekolah rakyat menjadi sekolah kerajaan sepenuhnya.

Projek pembinaan bangunan sekolah baru dimulakan dalam bulan Disember 1979. Bangunan dua tingkat telah dibina dengan 12 buah bilik darjah, pejabat, bilik guru, tandas guru dan murid serta kemudahan-kemudahan lain. Proses pembinaannya memakan masa selama satu tahun. Pada bulan Ogos 1980, bangunan baru telah digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Jumlah murid ketika itu seramai 420 orang.

Pada tahun 1982, sebuah sekolah cawangan telah dibina di Ulu Tawar. Tujuannya untuk memberi kemudahan kepada murid-murid dari Kampung Ulu Tawar dan sekitarnya yang terpaksa berulang alik ke SK Badang sejauh 4 batu. Jumlah murid di SK Badang cawangan ketika itu ialah seramai 160 orang. Sekolah cawangan ini diurus oleh Penolong Kanan, En Abd Aziz b Man. Pada Januari 1984, SK Ulu Tawar (sekolah cawangan SK Badang) dipisahkan pentadbirannya daripada SK Badang. Penyelianya ialah En Kamarudin b Md Yussof dari SK Kupang. Jumlah murid SK Badang berkurang menjadi 260 orang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

09700 KARANGAN KULIM, KEDAH DARUL AMAN

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]