Sekolah Kebangsaan Benut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lokasi
Jalan Jaafar, Benut, Pontian, Johor.
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, sekolah kerajaan
MotoBELAJAR USAHA JAYA
Nombor sekolah+607-6903058
Kod sekolahJBA6041
Faks+607-6903058


Sekolah Kebangsaan Benut atau nama ringkasnya SK Benut, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Jaafar, Benut, Pontian, Johor.

Pada 2024, Sekolah Kebangsaan Benut memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 372 orang. Ia mempunyai seramai 37 orang guru.2024

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dibuka oleh penduduk Kampung Parit Abdul Rahman pada tahun 1912. Bilangan murid ketika itu seramai 20 orang. Cikgu Sharum Bin Mohd Arif merupakan pengasas sekolah pada ketika itu. Beliau dibantu oleh Cikgu Nordin Bin Hitam. Sekolah Kebangsaan Benut pernah dipindahkan ke Kampung Sungai Pinggan untuk beberapa bulan sebelum dipindahkan semula ke Jalan Hussin Abdul Rahman, Benut, di mana terletaknya perhentian bas sekarang.

Pada tahun 1937, bangunan baru dibina untuk sekolah ini oleh pihak kerajaan di atas sebidang tanah seluas 3 ekar di Jalan Jaafar. Sekolah ini dibuka semula pada tahun 1945, ketika itu guru besarnya Cikgu Bahtum bin Abd. Rahman. Pada tahun 1966, sekolah ini telah digabungkan bersama Sekolah Perempuan Benut yang dibina empat tahun sebelumnya dan dijadikan Sekolah Umum Benut. Pada tahun 1967 hingga 1977, di bawah pimpinan Cikgu Arshad bin Nawi, sekolah ini dinaik taraf ke Gred B, dan seterusnya ke gred A pada tahun 1994. Sekolah Kebangsaan Benut ini merupakan sekolah tertua di daerah Pontian.

Pencapaian 2023[sunting | sunting sumber]

Bil. Acara / Pertandingan Peringkat
Zon Daerah Negeri Kebangsaan
1 Anugerah Nilam Johan Kumpulan Bahasa Melayu SR
2 Kejohanan Sepak Takraw B12 Johan
3 Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas • Johan Perempuan SR

• Naib Johan Lelaki SR

• Ketiga Lelaki SR

Terbaik Keseluruhan B12
4 Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris Johan Mini Documentary SR
5 Karnival Pendidikan Islam • Johan eDaei Cilik P MOA

• Johan Taranum MOA

6 Karnival Hari Puteri • Ketiga Sulaman Seni Tekad

• Ketiga Wau Bulan

7 Mahrajan Al Quran Sekolah-Sekolah KPM Naib Johan Taranum MOA P12
8 Pertandingan eKarnival Kemahiran Pendidikan Khas • Johan Sirih Junjung L SR (Pendengaran)

• Johan Nyanyian Solo P SR (Pembelajaran)

• Johan Tarian Rampaian SR (Pembelajaran)

9 Penarafan Pengurusan SPBT Sekolah Kebangsaan 5 bintang

(98.7%)

10 Festival Kesenian Islam Sekolah-Sekolah KPM Naib Johan Nasyid Murid Orang Asli
11 Karnival Outreach Inklusif dan Kebolehpasaran MADANI Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Negeri Johor (KOIKJ) • Johan Sirih Junjung BD SR

• Naib Johan Nyanyian Solo BP SR

• Naib Johan Tarian Rampai BP SR

12 Kejohanan Olaharaga Pendidikan Khas • Emas 50M SD L12

• Emas 100M BP L12

• Emas 200M BP L12

• Emas 4x100M BP L12

• Emas Lompat Jauh PH P12

• Emas Lontar Peluru PH P12

• Perak 100M BP P12

• Perak 4x100M BP P12

• Gangsa 200M BP P12

• Gangsa 100M BD L15

13 Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah KPM • Johan Daie Cilik SR MOA L

• Johan Daie Cilik SR MOA P

14 Perkhemahan Perdana Karamah Insaniah Pendidikan Khas Zon Selatan Anugerah Keris Emas

(6 murid)

15 Kejohanan Futsal Pendidikan Khas Johan SR

(Team Sebelang FC B - 2 murid)

15 Karnival e-Kokurikulum Pendidikan Khas Johan Acara Gubahan Sirih Junjung SR Pendengaran (KUD)
16 Kejohanan Bola Sepak Jemputan 7 Sebelah Ketiga
17 Karnival Fitrah Murid Asli (KAFOA) Sekolah-sekolah KPM • Naib Johan Da’i Cilik (P)

• Ketiga Da’i Cilik (L)

18 Pertandingan Mini Fit Jam Senamrobik 1M1S Sekolah Rendah Johan
19 Pertandingan Petanque Pendidikan Khas • Naib Johan SR

 Pasukan

• Ketiga SR Individu

20 Larian Serba Hebat Naib Johan B12

Senarai Nama Guru Besar[sunting | sunting sumber]

Nama Guru Besar Tahun
Nordin Bin Hitam 1937 – 1945
Bahtum Bin Abd Rahman 1945 – 1950
Abu Bakar Bin Ismail 1950 – 1962
Arbi Binti Ibrahim 1962 – 1966
Abd Majid Bin Mohd Taib 1966 – 1967
Arshad Bin Nawi 1967 – 1977
Abd Majid Bin Shukur 1977 – 1979
Yakub Bin Salim 1980 – 1986
Bahrum Bin Jamadi 1986 – 1987
Abu Bakar Bin Ibrahim 1987 – 1990
Mohammad Bin Mohd Amin 1991 – 1992
Ibrahim Bin Embok Daing 1993 – 1994
Drs. Mustapha Bin Mastan 1994 – 1997
Onn Bin Mohd Noor 1997 – 2001
Abd Hamid Bin Ahmad 2002 – 2006
Siti Rahmah Binti Buhairah 2006 – 2011
Nordin Bin Kasmuni 2011 – 2016
Lokman Bin Daim 2016 – 2017
Sariman Bin Ali 2017 – 2023
Khalil Bin Ibrahim 2023 – Sekarang

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Benut
Jalan Jaafar
82200, Benut
Johor, Malaysia
Telefon = 6076903058
Faks = 6076903058