Sekolah Kebangsaan Binjal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Binjal
JenisSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
LokasiJitra Kubang Pasu, Kedah Darul Aman,  Malaysia
[Lokasi Sekolah Kebangsaan Binjal di Peta Google]


Sekolah Kebangsaan Binjal atau nama ringkasnya SK Binjal, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bangunan Sekolah Binjal pada asalnya didirikan pada tahun 1927 oleh Encik Adnan Bin Taib, Penghulu Mukim Binjal pada masa itu.Dengan kerjasama penduduk setempat yang bersemangat untuk melihat anak bangsa maju seiring dengan penduduk lain di negara ini sebuah bangunan sekolah berjaya didirikan.

Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini, hanya terdapat 102 orang pelajar sahaja dengan 3 orang tenaga pengajar.Selepas tiga tahun penubuhannya sebuah lagi bangunan baru berjaya didirikan pada 5 Oktober 1930.Bilangan pelajar dan tenaga pengajar juga semakin bertambah dari hari ke hari. Bangunan sekolah sekarang ini terletak di atas satu kawasan seluas lebih kurang 2 ekar.Bangunannya pula terdiri dari 3 blok induk iaitu Blok A dan blok B yang telah siap dibina pada tahun 1957, manakala blok C pula didirikan pada tahun 1975. Pada tahun 1975 itu juga telah didirikan sebuah kantin, rumah pam (digunakan untuk mengepam air dari perigi yang terdapat dalam kawasan sekolah) dan sebuah rumah guru. Pada tahun 2005 kerajaan telah memperuntukkan 2 blok bangunan baru sebagai tambahan kepada bangunan yang sedia ada.Dengan terbinanya bangunan baru ini, Sekolah Kebangsaan Binjal telah dapat menyediakan kemudahan bilik-bilik khas yang lebih selesa seperti Makmal Sains, Bilik KH, Pusat Sumber dan beberapa bilik khas untuk kemudahan pelajar dan guru.Makmal Komputer turut didirikan untuk kemudahan pelajar sekolah ini. Sekolah ini terletak diluar laluan utama iaitu Lebuh Raya Utara-Selatan antara Jitra dan Bukit Kayu Hitam.Jarak Sekolah dari Persimpangan Asun lebih kurang 2.6 km.Walaupun agak jauh dari laluan perdana namun pembangunan dan kemudahan infrastruktur sekolah adalah lengkap.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kampung Makpap Mukim Binjal,06000 Jitra,Kedah Darul Aman[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]