Sekolah Kebangsaan Binsulok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Binsulok
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 48,, 89727, Membakut,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoKEBILANGAN
Nombor sekolah6087886233
Kod sekolahXBA6102
Guru besarEncik Sinning Bin Hj Barun
Tenaga pengajarGuru 29 Orang AKP 3 Orang
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Zailina Binti Okrin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Hazman@Nasip Bin Masran
Penolong Kanan KokurikulumPuan Rubiah Binti Omar
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Binsulok atau nama ringkasnya SK Binsulok, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 48,.

Pada 2024, Sekolah Kebangsaan Binsulok memiliki 155 pelajar lelaki dan 121 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 276 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2024

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH SEKOLAH

Di zaman penjajahan dahulu, Kampung Binsulok sangatlah mundur dalam kemajuan terutama pelajaran. Mungkin kerana kampong ini agak terpencil dari kampung-kampung lain daerah Membakut dari segi perhubungan seperti jalanraya. Kebanyakan penduduk kampung ini berulang alik dengan menggunakan perahu melalui sungai yang mana perjalanan ini agak lambat hingga terpaksa bermalam di sesuatu tempat yang dituju. Oleh kerana kesukaran itulah maka pihak kerajaan tidak ada membina sekolah di kampung ini.

         Di atas kesedaran betapa pentingnya pelajaran bagi anak-anak mereka, penduduk setempat telah bermesyuarat yang diketua oleh Ketua Kampung En. Mumin Bin Mokty dan mengambil kata sepakat untuk membina sekolah. Dengan kerjasama semua penduduk mereka bergotong-royong membina sebuah sekolah dan sebuah rumah guru. Semua alat binaan dan kelengkapan telah diperolehi dari hutan kampung tersebut. Mereka berusaha dengan tenaga dang kewangan sendiri dan Berjaya menyiapkan sebuah sekolah beratap nipah dan berdinding kulit kayu, lantainya tidak bersimen. Meja dan bangku panjang adalah merupakan beberapa keeping papan yang dilekatkan pada dinding yang tidak boleh diubah atau dipindah-pindah. Dengan itu terbinalah sebuah sekolah dan sebuah rumah guru hasil usaha dan kerjasama penduduk-penduduk kampung tersebut.

         Pada 15hb Jun 1959, Sekolah N.V.S Kg.Binsulok mula dibuka dengan murid pertamanya seramai 56 orang. Pada masa itu sambutan dari pihak ibubapa murid tidaklah begitu menggalakan kerana ketika itu setiap murid dimestikan membayar RM1.00 seorang bagi setiap bulan. Dari tahun ke tahun muridnya semakin bertambah. Sungguhpun demikian, kelas dibuka dari darjah satu hinggalah darjah tiga dan dicantum satu kelas. Murid-murid pertama yang tertua dalam darjah yang tertinggi masa itu terdiri daripada :

1.    Ag. Damit Bin K.K Mumin   ( Pembantu Kerani )

2.    Abd. Rahman Bin Ag. Asat ( Polis )

3.    Matdin Bin Md. Yassin       ( Kerja Sendiri )

4.    Semat Bin Ag. Lampuh      ( Kerja Sendiri )

5.    Omar Bin Ag. Abbas          ( Kerja Sendiri )

6.    Yussuf Bin Md. Tahir          ( Kerja Sendiri )

7.    Ag. Piut Bin Ag. Jahir        ( Kerja Sendiri )

Kemajuan murid-murid yang bersekolah semakin menggalakan dari tahun ke tahun hingga ada yang mencapai ke tahap cemerlang dalam peperiksaan darjah enam. Pada tahun 1962 pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan baru menggantikan yang lama beserta sebuah rumah guru. Dan pada masa itu keadaan sekolah semakin teratur dan guru-gurunya juga bertambah beserta murid yang semakin meningkat bilangannya. Pada masa itu pihak Jabatan Kesihatan telah memberi bantuan minuman susu tepung dan juga suntikan pelalian untuk murid-murid sekolah.

Oleh kerana perkembangan bilangan murid semakin bertambah dan sekolah ini mencapai kemajuan yang menggalakkan dalam pembelajaran maka pada tahun 1964 sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan dan namanya ditukar menjadi G.P.S Binsulok. Pada masa itu murid-murid yang bersekolah tidak lagi dikenakan bayaran sekolah tiap bulan, dengan demekian makin bertambahlah murid bersekolah disekolah ini. Boleh dikatakan murid-murid yang keluar atau lepas dari sekolah masa itu masing-masing telah pun bekerja dengan kerajaan.

Sekolah ini telah berubah dari tahun ke tahun, bangunan baru telah dibina demi menampung bilangan murid yang kian bertambah. Begitu juga sejak tahun 1959 hingga sekarang ramai Guru Besar telah bertugas disekolah ini :-

1.           En. Ag. Ahmad Bin Hj. Ag. Piut                               ( 1959-1966 )

2.           En. Ag. Gabor Bin Ag. Samsudin                            ( 1967-1970 )

3.           En. Ag. Anak Bin Hj. Md. Yassin                              ( 1971-1976 )

4.           En. Omar Bin Sulaiman                                           ( 1977-1982 )

5.           En. Hendrik Ganang Singer                                     ( 1983-1984 )

6.           En. Abd. Rashid Bin Musa                                       ( 1984-1987 )

7.           En. Sabril Bin Ludin                                                 ( 1988-1998 )

8.           En. Abd. Rahman Bin Hj. Mohd. Yusof                    ( 1998-2001 )

9.           En. Hj. Ag. Suang Bin Hj. Burut                               ( 2001-2002 )

10.        En. Nassar Bin Abdullah                                           ( 2003-2005 )

11.        En. Md. Nasir Hj. Abd. Ghani                                    ( 2005-2014 )

12.        En. Jaimie Bin Muslim                                              ( 2014-2016 )

13.        En. Abdul Talib Bin Kaning                                       ( 2016-2017 )

14.        En. Syed Jaafar Habib Mohd                                   ( 2017-2018 )

15.        Pn. Minah Binti Dullah                                             ( 2018-2022 )

16.        En. Sinning Bin Hj Barun                                         ( 2022 hingga sekarang )

Dengan adanya semangat yang cekal dan kata sepakat yang padu dari sekolah yang kecil beratap nipah sedikit sebanyak telah membasmi buta huruf di kampung ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Semasa sekolah ini meraih kejayaan dalam pertandingan Pusat Sumber, Guru Besarnya ialah En. Abd Rashid Musa dan Guru Pusat Sumbernya ialah En. Sabril Bin Ludin. Pada tahun 80-an banyak kemajuan-kemajuan sekolah yang tercapai antaranya ialah :

1.           Pada tahun 1985 sekolah ini telah menjadi Johan dalam pertandingan Pusat Sumber peringkat Daerah Beaufort dan telah mendapat hadiah sebanyak RM1000.00 dalam bentuk buku.

2.           Pada tahun 1986 sekolah ini telah mewakili bahagian Beaufort dan menjadi JOHAN sekali lagi dalam pertandingan Pusat Sumber Peringkat Negeri Sabah dalam kumpulan sekolah Gred C dan mendapat hadiah sebuah TV Warna dan Video jenis G7.

3.           Pada tahun 1984-1987 juga telah memenangi kegiatan-kegiatan lain seperti Kuiz Pusat Sumber, Pertandingan Lalu Lintas Shell, Pertandingan Tilawah Al-Quran dan lain-lain lagi dalam bidang Ko-Kurikulum.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Binsulok
Peti Surat 48,
89727, Membakut
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087886233

Pautan luar[sunting | sunting sumber]