Sekolah Kebangsaan Bintang Mas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bintang Mas
Lokasi
Pejabat Pendidikan Daerah, 08,, 89300, Telupid, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA2152
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Bintang Mas atau nama ringkasnya SK Bintang Mas, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pejabat Pendidikan Daerah, 08,.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bintang Mas memiliki 57 orang pelajar lelaki dan 50 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 107 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan buku perancangan 5 tahun Sekolah Kebangsaan Bintang Mas 1994 – 1998 (m/s: 53), sejarah penubuhan sekolah ini ialah rentetan daripada tragedi bot karam yang berlaku pada 15 Januari 1990. Tragedi ini telah mengorbankan nyawa sepuluh orang murid sekolah yang dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi

Sebelum sekolah ini ditubuhkan, kanak-kanak dari Kampung Bintang Mas dan sekitarnya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi. Mereka berulang-alik ke sekolah menaiki bot dengan bayaran sewa sebanyak RM0.50 seorang.

Pada hari kejadian tersebut, lebih kurang pada pukul 7.30 pagi, bot yang membawa murid-murid ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi telah berlanggar dengan sebuah skau besar (bot pengangkut kayu balak) kepunyaan syarikat Berhill. Akibat perlanggaran itu, bot tersebut karam dan sepuluh orang murid sekolah maut. Mayat sembilan orang daripada mereka dijumpai pada hari yang sama manakala seorang lagi ditemui terapung di permukaan air pada tiga hari selepas tragedi itu.

Berikutan kejadian tersebut, murid-murid yang terselamat berasa takut dan trauma untuk berulang-alik ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi dengan menaiki bot lagi. Lalu, masyarakat kampung melantik Encik Munir Haji Mohd badar sebagai Pengerusi dan beberapa orang ahli jawatankuasa seperti tuan Haji Moktar Ambit, Encik Laksamana Semarang dan Encik Napsan Taran bagi mewakili mereka untuk mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah supaya mewujudkan sebuah sekolah di kampung ini.

Pada 25 Jun tahun yang sama, permohonan mereka mendapat kelulusan daripada Pengarah Pendidikan Sabah dengan menjadikan bangunan balai raya Kampung Bintang Mas sebagai bangunan sekolah buat sementara waktu. Jumlah keseluruhan murid pada masa itu ialah 59 orang untuk 6 buah kelas, iaitu Tahun 1 (12 orang), Tahun 2 (14 orang), Tahun 3 (6 orang), Tahun 4 (11 orang), Tahun 5 (10 orang) dan Tahun 6 (6 orang).

Pada waktu itu, pentadbiran sekolah ini berpusat di Sekolah Kebangsaan Sungai Sapi sehinggalah kedatangan Encik Tajuddin Ahamat dari Sekolah kebangsaan Batu 4, Telupid yang ditugaskan sebagai Guru Besar.

Masyarakat kampung kemudiannya menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Kebangsaan Bintang Mas bersempena dengan nama kampung mereka. Mereka juga bersetuju memberikan sebidang tanah seluas lima ekar untuk tapak pembinaan sekolah baru. Akhirnya, bangunan baru sekolah ini yang hanya mempunyai tiga buah bilik darjah, sebuah stor kecil, bilik Guru Besar dan sebuah pejabat am siap dibina dengan menggunakan peruntukan kerajaan dan diguna secara rasminya pada 18 Disember 1991.

Sehingga kini, sekolah ini telah mengalami beberapa peningkatan dan pembangunan yang pesat dari segi fizikal dan infrastrukturnya serta kemajuan dan prestasi kurikulum dan kokurikulum yang membanggakan pada setiap tahun.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bintang Mas
Pejabat Pendidikan Daerah, 08,
89300, Telupid
Sabah, Malaysia
Telefon = TIADA
Faks = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]