Sekolah Kebangsaan Buayan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Buayan
Lokasi
 Malaysia SK .Buayan, Peti Surat 181, 89507, Penampang,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA4102
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Buayan atau nama ringkasnya SK Buayan, merupakan sebuah sekolah kebangsaan luar bandar yang terletak di pedalaman daerah Penampang, Sabah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Buayan memiliki 25 pelajar lelaki dan 28 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 53 orang. Ia mempunyai seramai 4 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1967, atas inisiatif ketua kampung dan penduduk-penduduk di sekitar Kampung Buayan. Pada awal penubuhan sekolah ini, bangunan ini berdindingkan bambu dan beratapkan zink serta berlantaikan simen. Kerja membina bangunan sekolah ini adalah atas daya usaha semua penduduk kampung pada masa itu.

Encik Alexsius Mojulin merupakan guru besar terawal yang ditugaskan di sekolah ini. Beliau berkhidmat di sekolah ini dari 1967 hingga 1969. Di awal penubuhan sekolah ini, jumlah murid adalah seramai 67 orang murid sahaja.

Pada tahun 1971, sebuah bangunan tambahan telah dibina bagi menampung keperluan semasa. Pembinaan bangunan tersebut ditanggung oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan semua bahan binaan tersebut dihantar dengan menggunakan helikopter tentera.

Pada tahun 1982, pihak sekolah memohon kepada Jabatan Pendidikan Sabah untuk membina semula bangunan sekolah yang telah uzur dan usang.

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. Alexsius Mojulin (1967–1969)
  2. Ejiw (1970–1971)
  3. Punar Porok (1971–1972)
  4. Richard Motiun (1972–1974 dan 1979–1987)
  5. Assun Bidara (1975–1978)
  6. Wilfred Atou Gahis (1988–2003)
  7. Robert Gubat (2004–2012)
  8. Peter Miwil (2012–2017)
  9. Matius Kusop (2018–2022)
  10. LAZIM BIN GUDAU (2022- sekarang)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Buayan
SK .Buayan, Peti Surat 181
89507, Penampang
Sabah, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = +6088-724177 (melalui Fax PPD )
e-Mail = skbuayanpenampang@gmail.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

https://www.facebook.com/skbuayan.buayan