Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau
MotoHIDUP BERBAKTI
JenisSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikAzhar bin Yahaya
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridFadzilah Binti Shafiee
Penolong Kanan KokurikulumMohd Fadzli Hanis Bin Mohd Pauzi
Pengerusi PIBGRomlan bin Ahmad
Kod sekolahKBA3007
LokasiSungai Petani Kuala Muda, Kedah Darul Aman,  Malaysia
Telefon044191887
Faks044192230


Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau atau nama ringkasnya SK Bukit Selambau, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau telah diasaskan pada tahun 1946 oleh Tuan Haji Mohd Yunus b.Abdul Rahman, Penghulu Mukim Teloi Kiri dan Encik Jaafar b. Saad, seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Bukit Selambau ketika itu, dan diberi nama Sekolah Melayu Rakyat Bukit Selambau. Sekolah yang hanya dibangunkan dengan kayu hutan dan atap nipah itu mempunyai 80 orang pelajar dengan 2 orang tenaga pengajar.

Pada tahun 1952, sekolah ini dibantu sepenuhnya oleh kerajaan dan sebuah bangunan baru didirikan dan nama sekolah ditukarkan ke Sekolah Umum Bukit Selambau. Sekolah ini didaftarkan secara rasminya pada tahun 1953 dengan jumlah murid seramai 200 orang dan 6 orang guru. Bilangan pelajar dan guru bertambah dari setahun ke setahun.

Pada tahun 1958, sekali lagi nama sekolah ini ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau. Pada tahun itu juga, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah mengarahkan pihak sekolah menubuhkan ‘Lembaga Pengurus Sekolah’.

Oleh sebab bilangan pelajar kian bertambah, dalam tahun 1963 kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan separuh batu bagi menggantikan bangunan asal. Dalam tahun 1969, dua blok bangunan dan satu blok kantin serta tandas telah dibina. Bagi menampung jumlah pelajar semakin ramai iaitu 643 orang, maka pada tahun 1994 satu blok bangunan tiga tingkat dibina dan siap digunakan setahun berikutnya. Pada tahun 2001 makmal komputer dibina dan serahan dibuat pada tahun 2003. Pada tahun 2008 sebuah pondok bacaan dinaiktarafkan menjadi satu bilik kelas bagi menampung kekurangan kelas. Bangunan itu dibina sendiri oleh guru dan pekerja sekolah dengan sumber kewangan individu, guru-guru dan PIBG. Pada tahun 2009, dua bilik darjah di bangunan blok D dinaiktaraf di bawah program Rangsangan Ekonomi menjadi bilik Pendidikan Khas Intergrasi.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Telefon = 044191887
Faks = 044192230


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]