Sekolah Kebangsaan Buluh Nipis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Buluh Nipis
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 41, MUADZAM SHAH, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6094531084
Kod sekolahCBA8028
Faks6094530649



Sekolah Kebangsaan Buluh Nipis atau nama ringkasnya SK Buluh Nipis, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di RPS KAMPUNG BULUH NIPIS.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH SK BULUH NIPIS

Tahun 1960-1969

Sekolah pertama didirikan oleh pihak JHEOA di Sungai Nyunyau. Bersebelahan sekolah didirikan klinik desa dan kuarters guru. Jalan perhubungan waktu itu menggunakan bot untuk ke Kampong Aur atau ke Kuala Rompin yang memakan masa selama 2 hari. Guru awal yang bertugas ialah Cikgu Chumpak, Cikgu Nyulam, Cikgu Ahmad, Cikgu Senah, Cikgu Ali dan Cikgu Ani.

Tahun 1970-1982

Pada tahun 1970, telah berlaku bencana banjir yang besar, seluruh perkampungan sekitar jeram ditenggelami air, sehinggakan sekolah tersebut dibawa arus deras. Ketika itu sekolah sudah tidak beroperasi selama 12 tahun.

Tahun 1982-1995

Pada April 1982, sekolah ini dibuka semula. Sekolah baharu dengan struktur binaan kayu telah didirikan di Lubuk Siantan (tapak yang ada sekarang) dan menempatkan seorang tenaga pengajar iaitu Tuan Mohd. Zani Bin Tuan Soh sebagai guru pengasas  sekolah ini. Murid-muridnya terdiri daripada anak-anak Orang Asli suku Kaum Jakun yang berada di sekitar kampung terdekat iaitu Kg Malau,Kg.Dong,Kg Mikang, Kg Saloh dan Kg Ganoh.

Pada tahun 1995, semua pengurusan dan pentadbiran mengenai hal ehwal pendidikan telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Malaysia dan kanak-kanak-Orang Asli di sini mendapat segala kemudahan pelajaran yang sama seperti pelajar-pelajar di luar.

Tahun 1995-2000

Dalam tempoh tahun tersebut merupakan proses pembinaan rumah guru dan bangunan sekolah.

Pada tahun 2000, sekolah ini telah mendapat 4 unit rumah guru dan dijadikan kelas sementara kerana sekolah struktur kayu akan dirobohkan bagi memudahkan pembinaan bangunan baru.

Guru Besar pada ketika itu ialah En. Hamzah Bin Abdullah dengan hanya 5 orang guru. Pada waktu itu, operasi sekolah hanya terdiri daripada darjah 1, 2 dan 3 sahaja, manakala darjah seterusnya akan disambung ke SK Bukit Ibam.

Tahun 2004-2016

Pada tahun 2004, SK Buluh Nipis telah menerima Guru Besar baru iaitu En. Mohd Alias Bin Musa. Pada tahun yang sama juga bangunan baru yang terdiri daripada 2 blok bangunan 3 tingkat telah pun siap dibina dan bermulanya juga kelas tahun 4.

Selang dua tahun berikutnya, SK Buluh Nipis mula memperolehi calon dalam UPSR. Pada tahun 2006 juga pencapaian calon dalam UPSR telah mendapat keputusan tempat ketiga kebangsaan dengan peratusan 66.67%.

Pada tahun 2009, sekolah ini telah dinaik taraf untuk menerima Guru Besar DGA34 dan GPK gred DGA32. Sejarah sekolah ini terus berkembang dengan baik apabila seorang murid telah mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR dan mendapat tawaran

ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Selaras dengan peningkatan dalam bidang akademik, warga pendidik sekolah ini telah bersepakat untuk meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang kokurikulum pula. Sehubungan dengan itu projek catur telah dilaksana dan dikembangkan sehingga ke peringkat kebangsaan.

Guru Besar SK Buluh Nipis En. Mohd Alias bin Musa telah bersara pada 7 Julai 2016

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Prestasi dalam akademik SKBN pernah mendapat 5A pada tahun 2011.

Prestasi dalam kokurikum SKBN diiktiraf menjadi sekolah kebitaraan catur.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Buluh Nipis
D / A Pusat Kegiatan Guru Muadzam Shah,26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur, Malaysia Email:CBA8028@moe.edu.my Tel: 011 6573 0877

Pautan luar[sunting | sunting sumber]