Sekolah Kebangsaan Chegar Perah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Chegar Perah
Lokasi
 Malaysia Kampung Chegar Perah, KUALA LIPIS, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0
Kod sekolahCBA3053
Faks0


Sekolah Kebangsaan Chegar Perah atau nama ringkasnya SK Chegar Perah (SECHERAH), merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Chegar Perah, Mukim Batu Yon 2, 27200 Kuala Lipis, Pahang.

Sekolah Kebangsaan Chegar Perah dalam kategori gred B, jenis SKM (sekolah Kurang murid). Ia berada di luar bandar dan berada didalam Parlimen Lipis dan dalam Dewan Undangan Negeri Padang Tengku.

Pada 2020, Sekolah Kebangsaan Chegar Perah memiliki 42 pelajar lelaki dan 39 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 81 orang. Manakala bagi prasekolah SK Chegar Perah pula mempunyai seramai 17 orang murid. Sekaligus menjadikan jumlah murid di SK Chegar Perah seramai 98 orang.Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2020

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Latar Belakang

Sekolah Kebangsaan Chegar Perah terletak lebih kurang 83 km dari Bandar Kuala Lipis, di sebelah kiri landasan keretapi Kuala Lipis - Gua Musang. Jarak sekolah dengan Stesen Keretapi Chegar Perah hanya 500 meter. Suatu ketika dulu keretapi adalah pengangkutan utama bagi orang-orang kampung untuk ke bandar-bandar berdekatan.

Luas kawasan sekolah ini lebih kurang  10.2 ekar termasuk 3 buah blok bangunan sekolah, satu blok kantin, 5 buah kuarters guru dan beberapa padang permainan. Pihak pengurusan telah berusaha untuk menambah infrasuktur sekolah dari hari ke hari untuk keselesaan warga SK Chegar Perah.

Sejarah Penubuhan


Kampung Chegar Perah pada asalnya bernama Kampung Lembu. Selepas Perang dunia kedua kampung ini dikenali dengan nama Kampung Chegar Perah. Menurut sejarahnya, jalan utama ke kampung ini hanyalah sebatang sungai dengan menggunakan perahu atau rakit. Untuk sampai ke kampung ini perjalanan tersebut perlu melalui beberapa buah "CHEGAR". Kebetulan pula di kawasan ini terdapat banyak pokok "PERAH". Gabungan perkataan inilah yang dijadikan nama kampung ini, iaitu "KAMPUNG CHEGAR PERAH" sehingga sekarang.

Menurut penduduk kampung ini, ketika darurat, kawasan sekolah ini menjadi kubu kuat pihak komunis. Apabila keadaan menjadi aman, pihak KTM membina rumah untuk pekerja-pekerjanya. Semenjak detik itulah wujudnya permulaan bagi perkampungan di Kampung Chegar Perah ini, bilangan penduduk semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Pada ketika itu anak-anak penduduk kampung belajar dibebarapa buah sekolah yang berhampiran seperti di SK Padang Tengku dan SK Aur Gading. Murid-murid terpaksa menghadapi cabaran dan dugaan untuk ke sekolah tersebut, dengan menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama. Oleh yang demikian, timbullah desakkan dari pada penduduk kampung untuk mengwujudkan sebuah sekolah di Kampung Chegar Perah ini.

Pada tahun 1971, Encik Sulaiman bin Liki, ketua kampung ketika itu, dengan sokongan daripada penduduk kampung dan juga Adun Kawasan Jelai telah merayu kepada pihak Jabatan Pelajaran Pahang supaya membina sebuah sekolah di kampung ini. Semasa rundingan sedang berjalan, penduduk kampung telah membina sebuah sekolah yang serba kekurangan sebagai asasnya.

Pada tahun 1972, pihak JPN Pahang telah bersetuju untuk membina sebuah sekolah di sini, Guru Besar Pertama, Tn. Hj. Abdullah bin Mansor dan tiga orang guru sementara telah dihantar untuk berkhidmat di sekolah ini.

Pada tahun 1974, Baginda Sultan Pahang Darul Makmur telah melawat kampung ini. Baginda amat berdukacita dengan keadaan sekolah yang daif ketika itu. Baginda berharap sekolah baru akan cepat dibina. Dengan kebesaran Allah yang Maha Esa, sekolah tersebut telah telah terbakar pada waktu malam ketika penduduk sedang berpesta di kawasan lapang berdekatan Stesen Keretapi Chegar Perah.

Berita kebakaran itu telah sampai kepengetahuan Baginda Sultan Pahang dan JPN Pahang. Di atas kerjasama Dato Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai dan Adun Kawasan Bukit Betong, sebuah sekolah baru telah dibina daripada kayu berketam, atap zink dan berdindingkan papan. Selain daripada itu pihak JPN Pahang tidak berdiam diri dan berusaha untuk membina sekolah yang lebih baik dengan menghantar beberapa orang jurutera untuk menjalankan kerja-kerja mengkaji dan merancang tapak sekolah yang baru.

Pada tahun 1980, pihak yang berkenaan telah datang memulakan kerja-kerja asas untuk membina sebuah sekolah yang baru. Penghujung tahun 1981, bangunan baru yang teguh dan indah telah siap dibina.

Pada tahun 1982, Sekolah Kebangsaan Chegar Perah telah beroperasi sepenuhnya dengan murid seramai 100 orang, pertambahan murid bertambah setiap tahun sehinggalah ke sekarang ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Jalan ke Chegar Perah sudah berubah, dimana ada Jalan Baru yang boleh diakses melalui Bukit Betong, melalui Bukit Betong anda hanya memerlukan sekitar 30 minit sahaja untuk sampai ke Kampung Chegar Perah

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Chegar Perah
Kampung Chegar Perah
27200 Kuala Lipis,
Pahang, Malaysia
Telefon = 09-3121455
Fax = 09-3121595

Pautan luar[sunting | sunting sumber]