Sekolah Kebangsaan Damansara Utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Damansara Utama
Lokasi
 Malaysia Jalan Ss 21/50, Petaling Jaya, PETALING JAYA, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah377282080
Kod sekolahBBA8208
Faks377279942


Sekolah Kebangsaan Damansara Utama atau nama ringkasnya SK Damansara Utama, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan SS 21/50, Petaling Jaya.

Pada tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Damansara Utama memiliki 398 pelajar lelaki dan 329 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 727 orang. Ia mempunyai seramai 44 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Damansara Utama ditubuhkan pada tahun 1980 dan mula beroperasi pada tahun 1981. Guru Besar pertama yang mentadbir ialah Pn. Zabedah binti Abdul Rahman dengan mempunyai murid seramai 2000 orang dan 60 orang guru sesi pagi dan petang. Penubuhan awal sekolah hanya mempunyai 1 bangunan sahaja iaitu Blok A. Kemudian pada tahun 1984 Blok B, C dan D didirikan untuk kemudahan pembelajaran murid. Selepas itu, dewan sekolah telah dibangunkan pada tahun 1987 dengan hasil kutipan PIBG sekolah. Dewan tersebut telah dirasmikan oleh YAB Saudara Anwar bin Ibrahim yang pada ketika memegang jawatan Menteri Pendidikan Malaysia. Sekolah telah menjadi 1 sesi bermula pada Jun 1999 kerana murid semakin berkurangan dan pertambahan blok bangunan sekolah. Sepanjang penubuhan Sekolah Kebangsaan Damansara Utama ini, sekolah ini telah ditadbir sebanyak 10 orang guru besar dengan yang terkini Encik Mohd Zuki bin Mohd Akhir (2017-kini).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah telah mencapai keputusan UPSR kelompok 5 terbaik peringkat kebangsaan pada tahun 1997. Pencapaian skor A UPSR sekolah ini melebihi 90% dan pernah mendapat Anugerah Pencapaian Sekolah Terbaik Negeri Selangor pada tahun 2013. Pencapaian sekolah pada tahun 2016 ialah dalam bidang sukan iaitu memanah peringkat antarabangsa, golf peringkat ASEAN, boling peringkat kebangsaan, bola jaring peringkat kebangsaan dan gimnastik artistik peringkat kebangsaan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Damansara Utama
Jalan SS 21/50, Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
Telefon = 377282080
Fax = 377279942

Pautan luar[sunting | sunting sumber]