Sekolah Kebangsaan Darau Mengatal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Darau Menggatal
Lokasi
Sabah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTekun Usaha Jaya
Nombor sekolah088-491326
Kod sekolahXBA4007
Pengerusi PIBGAdzrul Puddin


Sekolah Kebangsaan Darau Menggatal atau nama ringkasnya SK Darau Menggatal, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Sabah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Darau Menggatal ini diasaskan dari buah fikiran beberapa orang pemimpin kampung sekitar Kampung Darau pada tahun 1939.

Pada tahun 1940 Kerajaan British telah membina sekolah ini dan

D

diberi nama " Goverment Vernacular School Darau " (tapak SK. Darau yang lama di tapak bangunan Flat SK. Likas sekarang). Sekolah Kebangsaan Darau ini adalah merupakan sekolah melayu yang ketiga ditubuhkan selepas SK. Sembulan dan SK. Tuaran. Sekolah ini pada mulanya terdiri daripada dua buah bangunan berdindingkan kayu, beratapkan daun rumbia dan berlantaikan simen. Bangunan ini menempatkan 2 buah kelas dengan bilangan murid seramai 60 orang. Perasmian penubuhannya disempurnakan oleh O.K.K Gasan, Ketua Anak Negeri.

Guru Besar yang pertama menerajui sekolah ini ialah En. Mohd. Said bin Bulat. Sekolah ini pernah diambil alih oleh pemerintahan Jepun pada tahun 1945.

Pada tahun 1956, sebuah bangunan tambahan berdindingkan kayu, lantai simen dan beratapkan zink telah dibina.

Tapak sekolah ini dipindahkan ke kawasan berhampiran Pekan Menggatal pada tahun 1963. Tapak baru ini menempatkan dua buah bangunan sekolah separa konkrit iaitu PWD 948 (2 bilik darjah), PWD 949 (dua buah bilik darjah) beserta empat unit rumah guru (bangunan konkrit) dan sebuah rumah guru besar, PWD 996. Luas sekolah baru ini ialah 3.75 ekar, geran nombor C.L [[1]].

Sebuah kantin sekolah, sebuah bangunan kayu (3 bilik darjah) dibina pada tahun 1976. Oleh kerana pertambahan murid yang pesat pada tahun 1982, sebuah lagi bangunan konkrit tiga tingkat yang dilengkapi Bilik Guru Besar, Pejabat Am, Bilik Guru, Tandas Guru dan Murid (lelaki dan perempuan), Klinik Gigi Sekolah, Bilik Pusat Sumber Sekolah dan lima buah bilik darjah dibina. Jumlah kelas pada tahun tersebut adalah 12 kelas. Menyusul pada tahun 1990 melalui pembinaan projek kilat, Jabatan Pendidikan Sabah telah meluluskan pembinaan bangunan kayu (3 buah bilik darjah, dan satu bilik guru) di SK. Darau.

Pada tahun 1993 sebuah kantin sekolah dibina berdekatan dengan bangunan konkrit 3 tingkat oleh pengusaha kantin kerana kantin yang lama tidak boleh menampung jumlah murid yang kian bertambah. Kantin lama diubahsuai dan dijadikan Surau Sekolah.

Seterusnya tahun 1996, sebuah lagi bangunan kayu (4 buah bilik darjah) telah dibina di sekolah ini untuk menampung bilangan murid yang bertambah dari tahun ke tahun.

Tercatat dalam sejarah membabitkan sekolah ini, apabila pada 25 DISEMBER 1996 Negeri Sabah telah dilanda oleh Ribut Greg. Tragedi ini telah menyebabkan atap bangunan sekolah yang dibina pada tahun 1996 diterbangkan oleh Ribut Greg tersebut.

Namun demikian, dengan keperihatinan semua pihak, bangunan sekolah ini telah dapat dibaiki sebelum sesi persekolahan 1997 bermula.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Darau Mengatal


Sabah, Malaysia
Telefon =
Fax =

Pautan luar[sunting | sunting sumber]