Sekolah Kebangsaan Gua Musang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Gua Musang
Lokasi
Jalan Pulai, 18300, Gua Musang,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU PUSAKA JATI
Nombor sekolah6099120253
Kod sekolahDBA8002
PengetuaENCIK IBRAHIM BIN ABDUL SAMAT
GPK Pentadbiran dan AkademikENCIK HANAFI BIN ISMAIL
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridENCIK SHARURY BIN IBRAHIM
Penolong Kanan KokurikulumENCIK AZMAN BIN SALLEH
Faks6099120254


Sekolah Kebangsaan Gua Musang atau nama ringkasnya SK Gua Musang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Pulai.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Gua Musang memiliki 555 pelajar lelaki dan 507 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1062 orang. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEKOLAH KEBANGSAAN GUA MUSANG

Dalam pertengahan tahun 1952, dari sebuah Sekolah Rakyat yang di tumpang di bangunan SC (kini bangunan Tadika Muhibah) yang diusahakan oleh Dato' Penggawa, En. Kamarulzaman bin Awang dan Tuan Imam, En.Said bin Sulaiman, maka tertubuhlah sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Gua Musang.

Bangunan sekolah pada masa itu di tempatkan di atas tapak seluas 4 ekar yang berhampiran dengan Balai Polis Gua Musang. Dalam pertengahan tahun 60-an, bangunan yang sedia ada tidak mampu menampung bilangan murid yang kian bertambah. Dengan demikian, sebuah sekolah baru telah didirikan di atas tapak Lot 494, seluas 7.1326 ac. Dalam tahun 70-an, bangunan SRJK(C) pula telah dibina di atas tapak yang sama seluas 3.0 ekar.

Pembukaan SK Gua Musang secara rasminya telah dilakukan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang pada ketika itu merupakan Menteri Kewangan Malaysia pada 11 Ogos 1977 iaitu pada hari Khamis. Berikutnya pada tahun 1983, sebuah lagi bangunan batu siap dibina bagi menampung murid yang ramai mencecah hampir 800 orang.

Seterusnya, pada 1 Januari 1994, Sekolah Kebangsaan Gua Musang telah dipecahkan kepada 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Gua Musang (1) dan Sekolah Kebangsaan Gua Musang (2). Kedua-dua sekolah ini telah berkongsi bangunan. sehinggalah Sekolah Kebangsaan Gua Musang (2) mendapat bangunannya sendiri dan menukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Wangi. Kini, Sekolah Kebangsaan Gua Musang mempunyai seramai 10443 orang murid. Jumlah bilangan kelas pada tahun 2006 adalah 29 iaitu dari tahun 1 hingga tahun 6 dan termasuk pra-sekolah. Hingga hari ini, bilangan murid meningkat dari tahun ke tahun.

Visi,Misi dan Moto[sunting | sunting sumber]

MISI

Memberi perkhidmatan terbaik untuk menghasilkan insan yang berketerampilan dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

Memberi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf tinggi kepada semua murid tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.

VISI

Mendidik dan membimbing semua murid supaya mereka:

  • dapat menguasai dasar kemahiran pelajaran iaitu membaca, menulis dan mengira menjelang tahun 2010.
  • menunjukkan akhlak yang mulia dan menjauhi daripada sikap yang agresif sepanjang masa.
  • melahirkan murid yang cergas, pintar dan berkemahiran dalam semua bidang sukan dan permainan menjelang tahun 2010.
  • melahirkan ramai murid yang celik dalam bidang ICT menjelang tahun 2010.

MOTO

ILMU PUSAKA JATI

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Inilah Sekolah Kami
Yang Kami Sanjungi
Budi Dan Ajaran Guru
Mendidik Sepanjang Waktu

Belajarlah Tugas Kita
Supaya Berjaya Setiap Masa
Taat Pada Ibu Bapa
Itu Kewajipan Kita

Ilmulah Pusaka Jati
Lambang Sekolah Kami
SK Gua Musang Maju
Cemerlang Sepanjang Waktu

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

PENCAPAIAN AKADEMIK

KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH(UPSR) DARI TAHUN 2008 HINGGA 2013.

TAHUN

BIL.CALON

BIL.CALON

MENDAPAT 5A
 

PERATUS

LULUS(%)  

2008

155

6

36.77

2009

177

6

42.37

2010

158

8

47.4

2011

169

11

42.6

2012

171

9

47.36

2013

170

10

40

PENCAPAIAN KOKURIKULUM

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Gua Musang,
Jalan Pulai,
18300, Gua Musang
Kelantan,  Malaysia
Telefon = 6099120253
Fax = 6099120254

Pautan luar[sunting | sunting sumber]