Sekolah Kebangsaan Haji Abdullah Sadun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Haji Abdullah Sadun
Ditubuhkan1953
Dirasmikan1963
JenisSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Kod sekolahKBA2013
LokasiKuar Jawa, Alor Janggus, 06250 Alor Setar,, Kedah Darul Aman,  Malaysia
Laman sesawangSekolah Kebangsaan Haji Abdullah Sadun


Sekolah Kebangsaan Haji Abdullah Sadun atau nama ringkasnya SK Haji Abdullah Sadun, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dibuka pada tahun 1953. Pada masa itu,ia dikenali sebagai sekolah rakyat. Pembukaannya diilhamkan oleh seorang Penduduk Kampung Kuar Jawa iaitu Tn.Haji Abdullah Sadun. Beliau telah menubuhkan satu jawatankuasa kampung dan melantik beberapa orang kampung sebagai ahli. Mereka telah membeli serelung tanah untuk menjadikan tapak sekolah. Akhirnya mereka telah bergotong-royong membina pondok untuk menjadikan tempat murid-murid belajar tidak dapat bertahan lama kerana runtuh akibat ribut.Pada tahun 1963,di bawah Rancangan Malaysia ke-4, satu blok setingkat telah dibina. Setelah siap ia telah diberi nama Sekolah Kebangsaan Kuar Jawa. Pada tahun 1982, bangunan ini hendak dirobohkan apabila kerja-kerja penyeliaan tapak dan bangunan baru sekolah hendak dimulakan. Atas desakan PIBG, ia tidak jadi dirobohkan. Bangunan ini ditinggalkkan apabila bangunan baru digunakan mulai 1983. Sebaliknya blok pejabat digunakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat untuk dijadikan kelas tabika. Bangunan lama ini kemudian digunakan semula akibat pertambahan bilangan murid. Pada tahun 1984, atas usaha Tuan Guru Besar, Encik Mahmud Taha telah berjaya mendapat keizinan dari pihak Jabatan Pendidikan bagi menukar nama sekolah dari Sekolah Kebangsaan Kuar Jawa kepada Sekolah Kebangsaan Haji Abdullah Sadun sempe4na kegigihan beliau yang telah mencorakkan pembukaan sekolah di Kampung KUar Jawa. Nama baru itu telah digunakan sehinggalah sekarang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kuar Jawa,Alor JAnggus 06250 Alor SETar< Kedah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]