Sekolah Kebangsaan Haji Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Haji Ismail
Ditubuhkan1920-an
JenisSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Guru BesarAhmad Sabri Bin Long
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikAzeman Bin Abd Aziz PJK.
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRosita Binti Puteh PJK.
Penolong Kanan KokurikulumRosli Bin Mohd. Desa
Pengerusi PIBGSuwandi Bin Abu Bakar
Kod sekolahKBA2038
LokasiAlor Setar Kota Setar, Kedah Darul Aman,  Malaysia
Nama singkatanSKHI
Laman sesawangSekolah Kebangsaan Haji Ismail
Faks04-762 1101


Sekolah Kebangsaan Haji Ismail atau nama ringkasnya SK Haji Ismail, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kuala Kedah, Kedah.Terletak berhadapan dengan Terminal Feri Kuala Kedah - Langkawi.SK Haji Ismail juga terkenal dengan jolokan "Sekolah Parking" kerana menjadi tumpuan pelancong setiap kali musim cuti sekolah untuk meletak kenderaan mereka dengan kadar bayaran paling rendah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

SK Haji Ismail merupakan Sekolah Melayu yang ditubuhkan sekitar tahun 1920’an.Terletak di Pekan Kuala Kedah iaitu kira-kira 16 kilometer dari Bandar Alor Setar.Kedudukannya bersebelahan jalan utama dan berhadapan dengan Terminal Feri Kuala Kedah – Langkawi.

Sebelum ini SK Haji Ismail dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya kerana dibina di Kampung Seberang Nyonya.Pada awalnya sekolah ini mempunyai satu blok bangunan kayu dengan lapan orang guru dan 140 orang murid yang semuanya berbangsa melayu.Encik Abdullah Bin Md. Noor telah dipilih sebagai guru besar yang pertama.

Keadaan bangunan sekolah yang agak uzur telah dibaik pulih oleh Tuan Haji Ismail Bin Ibrahim AMN., JP. bersama penduduk setempat secara bergotong-royong.Ketokohan Tuan Haji Ismail Bin Ibrahim jelas diperlihatkan apabila beliau dipilih sebagai pemimpin masyarakat setempat yang banyak berjasa dan disegani ramai pada ketika itu.

Perkembangan pembangunan yang mana menjadikan Kuala Kedah sebagai pintu masuk ke Langkawi telah menyebabkan kedudukan sekolah tidak begitu kondusif dan sesuai.Bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan dalam keadaan tenang dan terkawal maka sekolah baru telah dibina di tapak baru yang jaraknya cuma 3 kilometer dari sini sebagai ganti.Setelah siap sekolah baru tersebut sekitar tahun 1997,nama SK Seberang Nyonya telah digunapakai disana dan murid-murid sedia ada disini akan berpindah ke sekolah baru tersebut.Bagaimanapun,perancangan tersebut gagal direalisasikan.Tapak SK Seberang Nyonya yang asal dikekalkan dan diberikan nama baru iaitu SK Haji Ismail manakala sekolah baru tersebut meneruskan penggunaan nama SK Seberang Nyonya sehinggalah pada tahun 2016 mereka menukarkannya kepada SK Haji Salleh Masri.

Kini SK Haji Ismail dengan cogan kata “Bersatu,Berusaha,Berjaya” telah berdiri gagah dengan mempunyai satu blok bangunan empat tingkat,tiga blok bangunan setingkat,makmal komputer,surau dan kantin.SK Haji Ismail juga mempunyai 12 buah kelas,bilik guru,bilik mesyuarat,bengkel RBT,pusat sumber,bilik j-Qaf,bilik pemulihan,bilik pengawas,makmal sains,bilik PPDa,bilik gerakan PIBG,kelas pemulihan,stor dan kedai buku.

Dengan pertambahan fasiliti dan prasarana sekolah ini telah dapat menempatkan seramai hampir 400 orang murid beserta 32 orang guru,seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat,3 orang staf pejabat,5 orang pekerja pembersihan dan 4 orang pengawal keselamatan swasta.

Menjengah usia hampir 100 tahun ( 1920’an – 2018 ), Sekolah Kebangsaan Haji Ismail telah dipimpin oleh seramai 22 orang guru besar.Sepanjang tempoh tersebut sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh dan individu yang berjaya di persada negara.Pelbagai kejayaan telah diraih oleh sekolah samada diperingkat Daerah,Negeri,Kebangsaan dan Dunia.Antara kejayaan tersebut ialah Anugerah Pengurusan PIBG Cemerlang Kebangsaan 2012 – 2014, Naib Johan Pertandingan Bilik Sumber PPDa Kebangsaan 2012, Anugerah Surau Imarah Sekolah Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2013, Gangsa Tandas Terbersih Peringkat Kebangsaan 2014, mewakili Negeri Kedah dalam Pertandingan Program Sekolah Milik Masyarakat Peringkat Kebangsaan 2015,Mewakili Malaysia dalam Pertandingan Creative Story Writing sempena World Book Month di Korea Selatan dan pelbagai lagi kejayaan yang diraih.


2012[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Pengurusan PIBG Cemerlang Kebangsaan
  • Jurulatih Utama Sarana Sekolah Kebangsaan ( Guru Besar - Hj. Md Isa Bin Hj Othman AMK.,BCK.)
  • Jurulatih Utama Sarana Ibubapa Kebangsaan ( YDP PIBG )
  • Naib Johan Kompang dan Formasi Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan
  • Naib Johan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Kebangsaan.
  • Persembahan Tarian Sempena Pertabalan Yang DiPertuan Agong di Istana Negara
  • Johan Pertandingan Surau 5 Bintang Negeri Kedah
  • Johan Pertandingan Tarian Negeri Kedah
  • Johan Pertandingan Kompang & Formasi Negeri Kedah
  • Anugerah Khas Kecemerlangan Kokurikulum Negeri Kedah
  • Anugerah Sekolah Pemangkin Negeri Kedah
  • Naib Johan Pertandingan Bola Baling Daerah Kota Setar
  • Tempat Ketiga 2015Bola Jaring Daerah Kota Setar

2013[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Pengurusan PIBG Cemerlang Kebangsaan
  • Anugerah Surau Imarah Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan KPM
  • Persembahan Tarian di Istana Negara Sempena Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong
  • Persembahan Tarian di Kem Muzik Kebangsaan
  • Persembahan Tarian di Majlis Penutup Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia di Kuantan,Pahang.

2014[sunting | sunting sumber]

  • Naib Johan Pertandingan Kompang & Formasi Peringkat Kebangsaan
  • Tempat Ketiga Pertandingan Tandas Terbersih Peringkat Kebangsaan
  • Johan Tandas Terbersih Sekolah Rendah Negeri Kedah
  • Johan Pertandingan Kompang & Formasi Negeri Kedah
  • Guru Besar Memenangi Anugerah Guru Ikon Negeri Kedah (Hj Md Isa Bin Othman AMK.,BCK.)

2015[sunting | sunting sumber]

  • Johan Program 3K (Keselamatan,Kesihatan,Keceriaan) Kebangsaan.
  • Anugerah Sekolah Milik Masyarakat Kebangsaan
  • Bilik j-Qaf Terbaik Negeri Kedah
  • Johan Pertandingan Bola Jaring Daerah Kota Setar
  • Johan Pertandingan Sajak Daerah Kota Setar

2016[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Sudut PPPM ( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ) Peringkat Kebangsaan
  • Johan Pertandingan Sudut PPPM Negeri Kedah

2017[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Pertandingan Patrol Dengue Kebangsaan ( Saguhati )
  • 8 Orang Murid Mewakili Daerah Kota Setar Dalam Kejohanan Merentas Desa Negeri Kedah

2018[sunting | sunting sumber]

  • Pelaksanaan Projek Aman 2018 - 2020 Peringkat Kebangsaan
  • Johan Pertandingan Kawad Kaki Dalam Perkhemahan Perdana KRS & TKRS Peringkat Kebangsaan
  • Naib Johan Pertandingan Memasak Dalam Perkhemahan Perdana KRS & TKRS Peringkat Kebangsaan
  • Anugerah Guru Data Terbaik Sempena Hari Guru 2018 Negeri Kedah ( Zarani Binti Ibrahim )

Alamat[sunting | sunting sumber]

SK Haji Ismail

06600,Kuala Kedah,

Alor Setar,Kedah Darul Aman.

Laman Web Rasmi Sekolah[sunting | sunting sumber]