Sekolah Kebangsaan Jalan Empat
Sekolah Kebangsaan Jalan Empat atau nama ringkasnya SK Jalan Empat, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan 4/8, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Jalan Empat memiliki 987 pelajar lelaki dan 980 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1967 orang. Ia mempunyai seramai 101 orang guru.2009
Di sebelah sekolah ini terletak Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat. Sekolah ini juga terletak tidak jauh daripada Sekolah Kebangsaan Jalan 3.
Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mendapat taraf Sekolah Kluster Kecemerlangan pada Tahun 2015.
Sekolah ini juga dikenali sebagai JEPS iaitu singkatan daripada Jalan Empat Primary School.
Moto | Berilmu Berdisiplin Bertaqwa |
---|---|
Ditubuhkan | 2001 |
Jenis | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Pengetua | Pn. Hjh. Ainon binti Mohamed Salehuddin |
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik | Pn. Mislia binti Ujang |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Suminah binti Kosalang |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Hj Razali bin Mohamed |
Kod sekolah | BBA4045 |
Lokasi | Jalan 4/8, Bandar Baru Bangi Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia |
Nama singkatan | SKJ4 @ JEPS |
Laman sesawang | http://www.jeps.edu.my/ |
Telefon | 03-89256971 |
Faks | 03-89256975 |
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2014, jumlah pelajar ialah 2384 orang pelajar. Pelajar yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bagi tahun 2014 ialah 402 orang calon, paling ramai dalam sejarah sekolah. Keistimewaan pada tahun tersebut ialah Pilihan Raya Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sekolah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jalan Empat buat julung kalinya dalam sejarah sekolah.
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2010, seramai 120 murid mendapat keputusan 5A di dalam UPSR dan mendapat tempat kedua terbaik di dalam daerah Hulu Langat.
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Kebangsaan Jalan Empat
- Jalan 4/8, Bandar Baru Bangi
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 03-89256971
- Faks = 03-89256975