Sekolah Kebangsaan Kalumpang, Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kalumpang
Lokasi
Peti Surat 469,, 91308, Semporna,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah016-8348965
Kod sekolahXBA3332
PengetuaAziz bin Paladi[1]
GPK Pentadbiran dan AkademikManisih HJ Tolleng
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridJamad bin Amat
Penolong Kanan KokurikulumNurillah bin Juddani
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Kalumpang atau nama ringkasnya SK Kalumpang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang telah dibina kira-kira 43 tahun yang lalu.Terdapat dua pendapat yang mengatakan mengapa sekolah ini dinamakan Sekolah kebangsaan Kalumpang.

Pendapat pertama menyatakan bahawa nama sekolah ini bersempena nama sejenis pokok Kelumpang yang banyak terdapat di kawasan sekolah sebelum sekolah ini ditubuhkan. Manakala pendapat kedua mengatakan bahawa sekolah ini dinamakan kalumpang yang bermakna pinggang (Kalompang dalam bahasa Bajau bererti pinggang) kerana sekolah ini terletak di tengah-tengah antara Pekan Semporna dan Tawau. Jarak sekolah ini dengan pekan Semporna adalah kira-kira 50 kilometer.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini telah diasaskan oleh Syarikat Hap Seng yang mengusahakan ladang kelapa sawit di kawasan tersebut. Sekolah ini telah dibuka pada 10 Oktober 1980 dengan jumlah guru seramai 8 orang dan 300 orang murid. Diawal penubuhannya, status sekolah ini merupakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang mana segala prasarana disediakan oleh pihak syarikat dan tenaga pengajarnya disediakan oleh pihak kerajaan. Sekolah ini telah berubah statusnya beberapa kali iaitu dari Sekolah Rendah Jenis kebangsaan (SRJK) kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan kemudiannya Sekolah Kebangsaan (SK).

Sekolah kebangsaan Kalumpang ini telah dirasmikan pada 21 Mei 1983 oleh Datuk Haji Mohd Noor Haji Mansor, Menteri Perancangan dan pembangunan Kewangan Sabah.

Pada tahun 2023, Sekolah Kebangsaan Kalumpang memiliki 86 orang murid lelaki dan 62 orang murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid adalah seramai 148 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 18 orang guru.

Senarai nama Guru Besar yang pernah bertugas di SK Kalumpang[sunting | sunting sumber]

  1. TUAN HAJI ABDAWAH HAJI ASARUDDIN (1980)
  2. EN AHMAD MONGOH (MEMANGKU) (1981-1983)
  3. EN AHMAD ABAN (1983-1985)
  4. EN MARCELENUS OMAR (1985-1986)
  5. TUAN HAJI WAHAB JANJANI (1986-1990)
  6. TUAN HAJI SARAWI SABANI (1990-1998)
  7. EN MOHD NOOR HJ LADJABANGSA (MEMANGKU) 9 BULAN
  8. EN ROSMAN ABD KADIR (1998-2010)
  9. EN BAKAR MOHAMMAD (2010-2016)
  10. EN KAMUL KAMARUDDIN (2016-2020)
  11. HAJI MOHAMMAD SHAH HJ LANJI ( 2020-2022)
  12. EN AZIZ PALADI (2022- SEKARANG)

Visi dan Misi SK Kalumpang[sunting | sunting sumber]

VISI SEKOLAH


"PENDIDIKAN BERKUALITI

INSAN TERDIDIK

NEGARA SEJAHTERA"



MISI SEKOLAH


"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kalumpang
Peti Surat 469,
91308, Semporna
Sabah, Malaysia
Telefon = 016 834 8965
Fax = TIADA

Rujukan[sunting | sunting sumber]