Sekolah Kebangsaan Kampung Pulai, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Kampung Pulai
JenisSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Lokasi , Kedah Darul Aman,  Malaysia


Sekolah Kebangsaan Kampung Pulai atau nama ringkasnya SK Kampung Pulai, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Pulai diasaskan daripada sebuah sekolah rakyat yang telah dibina pada awal tahun 1940an. Nama sekolah ini diambil sempena nama kampung setempat iaitu Kampung Pulai. Pada mulanya sekolah ini mempunyai kelas setakat darjah tiga sahaja. Guru yang bertanggungjawab menjadi tenaga tenaga pengajar pada ketika itu ialah Haji Zain Bin Haji Tahir,Haji Ahmad dan Encik Hassan. Haji Yasin pula dipertanggungjawabkan mengajar pengajian Al – Quran kepada 67 orang murid pada waktu petang.

Pada tahun 1949, Haji Shawal Bin Haji Yasin dan Encik Yahya Bin Sudin telah berjumpa Guru Besar Sekolah Kebangsaan Buloh Lima untuk menubuhkan sebuah sekolah bantuan kerajaan. Dengan usaha beliau dan rakannya, pada tahun 1952 sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya selepas mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Kedah. Pada awalnya, sekolah ini kekurangan guru dan juga murid. Dengan itu, Sekolah Kebangsaan Kampong Pulai terpaksa digabungkan dengan Sekolah Kebangsaan Buloh Lima buat sementara waktu. Oleh itu,sekolah ini menjadi cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Buloh Lima. 

 Pada ketika itu bangunan dan peralatan bilik darjah yang digunakan serba kekurangan. Bangunan sekolah dibina oleh masyarakat setempat dan beratapkan nipah sahaja. Murid pula belajar menggunakan kerusi panjang dan sekeping papan dijadikan meja.             

            Jumlah murid yang belajar di sekolah ini telah bertambah kira-kira 120 orang namun tenaga pengajar yang berkhidmat hanya 2 orang guru sahaja. Mata pelajaran asas diajar pada waktu pagi dan pelajaran agama pula diajar pada waktu petang. Oleh kerana kekurangan guru ,guru yang sama juga terpaksa mengajar bagi kedua-dua sesi itu.              

            Pada tahun 1970, sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan baharu dengan keluasan tapaknya kira-kira empat relung. Tanah tapak sekolah ini dahulunya adalah hakmilik Hajjah Hitam Bt Ismail dan Haji Zain Bin Haji Tahir. Sekolah Kebangsaan Kampong Pulai mula diambil alih dan ditadbir oleh seorang Guru Besar. Sekolah ini tidak lagi menjadi cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Buluh Lima. Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah ini ialah Tn. Hj. Syed Ghafar bin Syed Hussein. 

            Sekolah Kebangsaan Kampong Pulai berada di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap Pendang sehingga tahun 2007. Pada tahun 2008, diletakkan dibawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Pendang. Nama Sekolah Kampong Pulai masih dikekalkan hingga ke hari ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]