Sekolah Kebangsaan Kebakat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kebakat
Lokasi
 Malaysia Jalan Masjid Kampong Kebakat, 16250, Tumpat,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097197786
Kod sekolahDBA6335
Faks6097197786


Sekolah Kebangsaan Kebakat atau nama ringkasnya SK Kebakat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Masjid Kampong Kebakat.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kebakat memiliki 239 pelajar lelaki dan 207 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 446 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kebakat berasal daripada Sekolah Rakyat. Sekolah Rakyat tersebut didirikan di atas Lot 2226 dengan keluasan tanah 1 999 ekar atau 0.8089 hektar dengan gotong-royong penduduk kampung yang sedar betapa pentingnya ilmu.

Hak milik tanah tapak sekolah ini telah diwakafkan oleh seorang Ketua Kampung (Tok Penghulu) pada ketika itu.

Pengasas sekolah ini ialah Encik Sulong Bin Yusoff. Sekolah ini pada masa itu lebih dikenali dengan nama Sekolah Long, mengambil nama sempena nama pengasas ulung yang bertungkus-lumus menubuh serta menghidupkannya pada waktu itu.

Pada tahun 1958, pengajian di sekolah ini telah terhenti seketika akibat daripada punca kewangan yang tidak menentu. Di atas inisiatif Ahli Jawatankuasa PIBG serta pengasas pada ketika itu, masalah kewangan telah dapat diatasi dan sekolah ini telah dapat dibuka semula oleh Encik Ali bin Salleh dengan keramaian murid seramai 60 orang dengan dibantu oleh dua orang tenaga pengajar.

Pada 18 Oktober 1965, Yang Berhormat Encik Khir Johari – Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah merasmikan bangunan Sekolah Kebangsaan Kebakat namun pada hakikatnya sekolah ini pada ketika itu masih Sekolah Rakyat sehinggalah pada 1 Jun 1966 sekolah itu dengan rasminya telah diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan diberi bantuan sewajarnya.

Dalam tahun 1982, sebuah bangunan dua tingkat telah siap dibina bersebelahan dengan bangunan lama yang telah dibaik pulih. Bangunan dua tingkat itu boleh memuatkan sebanyak lapan buah bilik darjah. Pada tahun 1992 sebuah bangunan untuk murid pra sekolah telah dibina dan boleh menampung murid-murid pra sekolah seramai 30 orang.

Pada akhir tahun 1993, sebuah bangunan tambahan 4 bilik darjah telah siap dibina yang terletak berhadapan dengan blok A untuk mengatasi pertambahan bilangan murid yang telah meningkat.

Kini Sekolah Kebangsaan Kebakat mempunyai 3 blok bangunan dua tingkat, 1 blok bangunan setingkat serta sebuah bangunan pra sekolah. Bangunan yang lama dijadikan dewan serta digunakan untuk majlis-majlis tertentu.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kebakat
16250 Wakaf Bharu, Tumpat
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097960146
Fax = 6097960148

Pautan luar[sunting | sunting sumber]