Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 763, 91008, Tawau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089774235
Kod sekolahXBA3021
Faks6089755235
SK Kinabutan

Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar atau nama ringkasnya SK Kinabutan Besar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di batu 5, Jalan Apas, Tawau.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar memiliki 391 pelajar lelaki dan 330 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 721 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kinabutan telah diwujudkan pada tahun 1948. Sekolah ini diasaskan atas daya usaha seorang penduduk Kampung Kinabutan iaitu Allahyarham Ibong b. Gandahan. Disebabkan beliau tidak berkemampuan untuk menyekolahkan anak-anaknya ke bandar, beliau telah memohon kepada Kerajaan British agar sebuah sekolah didirikan di Kampung Kinabutan.

Allahyarham Ibong b. Gandahan telah membuat perjanjian dengan Kerajaan British bahawa sekiranya permohonan beliau diluluskan, beliau sanggup menyediakan tapak bangunan untuk sekolah tersebut di atas tanahnya sendiri tanpa menuntut sebarang ganti rugi. Setahun selepas Allahyarham Ibong b. Gandahan meninggal dunia, Kerajaan British telah meluluskan permohonan beliau. Sebuah bangunan sekolah papan dan sebuah rumah guru telah didirikan pada tahun 1947 di atas tanah beliau sendiri. Lokasinya di Batu 5 Jalan Apas kira-kira 5 km dari bandar Tawau.

Sempena mengambil nama Kampung Kinabutan maka Kerajaan British telah mendaftarkan sekolah ini dengan nama Government Primary School Kinabutan (G.S.P. Kinabutan). Pada tahun 1948, G.S.P. Kinabutan telah dibuka dengan rasminya. Seorang guru telah dihantar oleh Kerajaan British untuk bertugas di sekolah ini. Beliau ialah Tuan Haji Salim b. Haji Juma yang berasal dari Kampung Kinabutan Kecil, Tawau. Pada ketika itu muridnya hanya seramai 35 orang sahaja.

Atas kesedaran para ibu bapa tentang pentingnya pelajaran kepada anak-anak, maka bilangan murid-murid terus bertambah tahun demi setahun. Untuk menampung bilangan murid yang bertambah, bilangan guru juga turut ditambah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar
Peti Surat 763
91008, Tawau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089774235
Fax = 6089755235

Pautan luar[sunting | sunting sumber]