Sekolah Kebangsaan Kota, Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kota
Lokasi
 Malaysia Jalan Salor , Kota Bharu, 15100, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097484427
Kod sekolahDBA1068[1]
Guru besarABDULLAH ZIYADI BIN IBRAHIM
GPK Pentadbiran dan AkademikRUSLI BIN SAID
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCIK SAHIDAH BINTI SALLEH
Penolong Kanan KokurikulumAB HAMID BIN IBRAHIM
Faks6097484427
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Kebangsaan Kota atau nama ringkasnya SK Kota, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Salor , Kota Bharu.

Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Kota memiliki 444 orang. Ia mempunyai seramai 43 orang guru.April 2018[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kota dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Melayu Kota. Tapak asalnya di atas tanah Lot No 1934 Mukim Pintu Geng kepunyaan Tok Penggawa Che Mat Ali bin Haji Othman iaitu pengasas sekolah ini. Beliau ialah orang yang pertama bergelar Penggawa bagi Daerah Kota. Sekolah ini mula dibuka pada Tahun 1914 dengan bilangan murid seramai 64 orang. Bangunan asalnya didirikan secara bergotong royong oleh penduduk-penduduk Kampong Kota.

Pada tahun 1921 sekolah ini telah dipindahkan ke tapak baru, tanah Lot No 2069 Mukim Pintu Geng, kepunyaan Penghulu Taib bin Abdul Kadir kerana tapak lama itu rendah dan terdedah kepada panas matahari. Bangunan ini juga didirikan secara bergotong royong oleh penduduk-penduduk kampong juga. Pada tahun 1931 sekali lagi berpindah ke Kampong Wakaf Haji Abdullah kerana kawasan itu lebih strategi mengikut perkembangan kampong dan sesuai dengan nama Sekolah Kota, kerana tanah tapaknya itu berada di dalam Mukim Kota dan kepunyaan kerajaan. Kemudian tanah tapak sekolah itu dipindah milik kepada Allahyarham Abdullah bin Noh, bekas Pegawai Kastam sekarang.

Dalam tahun 1936 Sekolah Kebangsaan Kota dipindah pula ke tapak sekarang kerana keluasan tanahnya lebih luas dan sesuai. Perpindahan terakhir ini dilakukan oleh pihak kerajaan. Semenjak itu sekolah ini terus berkembang maju. Sekolah Kebangsaan Kota lah yang pertama dalam negeri Kelantan yang memulakan pengajian Darjah VII, iaitu pada tahun 1952.

Tahun 1953 ditambah dengan satu lagi bangunan tambahan yang mengandungi 12 bilik darjah. Pada tahun 1984 kerajaan telah mendirikan sebuah lagi bangunan tambahan iaitu sebuah bangunan batu setinggi tiga tingkat yang serba lengkap.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah salor
Jalan Salor , Kota Bharu
15100, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097484427
Fax = 6097484427

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]