Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu
Lokasi
 Malaysia Jalan Sekolah, KUALA KUBU BHARU, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah360641482
Kod sekolahBBA5009
Faks360641482


Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu atau nama ringkasnya SK Kuala Kubu Bharu, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sekolah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu memiliki 157 pelajar lelaki dan 129 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 286 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru.2009

Sejarah SKKKB

Nama asal SK Kebangsaan Kuala Kubu Bharu bermula dengan terdirnya Sekolah Melayu Kuala Kubu Bharu terletak di Kuala Kubu Lama. Bangunan sekolah diperbuat daripada kayu dan beratapkan nipah.

Mengikut catatan sejarah pada tahun 1883 semasa tenggelannya bandar kuala kubu buat kali pertamanya sekolah ini juga terlibat dan guru besarnya pada waktu itu ialah Cikgu Yaakub. Sekolah ini mengalami kerosakan kecil. Pada tahun1887, Pejabat Pelajaran telah membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama sekolah ini. Bangunan baru bertiangkan batu, berdindingkan papan beratap genting.

Pada tahun 1922 apabila berlakunya banjir besar kali yang kedua menyebabkan tengelamnya sekolah ini bersama bandar kuala kubu lama. Akibat dari bencana alam ini, sekolah bersama bandar ini telah dipindah ke kawasan baru yang dikenali sebagai Kuala Kubu Bharu.

Dalam tahun 1925-1926 sementara menanti bangunan kuala kubu bharu siap penduduk dipindahkan kepekan rasa. Sekolah melayu pula menggunakan bangunan rumah sakit. Pada tahun 1935 sekolah dipindahkan kebangunan stesyen keratapi manakala pejabat keratapi dipindahkan di Kuala Kubu Road.

Pada tahun 1940 Pejabat Pelajaran telah mula pembinaan bangunan baru Sekolah Melayu Kuala Kubu Bharu berhampiran bandar Kuala Kubu Bharu pada tahun 1945. Antara tahun 1940-1945 bangunan ini digunakan oleh British dan tentera Jepun silih berganti akibat berlakunya peperangan dunia kedua.

Darurat

Pada 1/11/1945 baharulah bangunan tersebut dijadikan sekolah dan dirasmikan oleh Guru Besarnya Allahyarham Encik Muhamad Amin bin Umur Ali. Satu perubahan telah berlaku, Sekolah ini dijadikan latihan oleh maktab Perguruan Sultan Idris(SITC) untuk melatih penuntutnya.

Pada 11/10/1956 pentadbiran sekolah diambil alih oleh Pejabat Pelajaran Negeri Selangor dan sekolah berjalan seperti biasa. Pada tahun 16.9.1956 sekolah ini dijadikan Sekolah latihan melatih penuntut MPSI dan mereka dikehendaki latihan mengajar di sekolah ini.

Pada 2/7/1948 hingga sekolah ini dipinjamkan oleh pihak berkuasa kepada tentera untuk menjaga darurat. Sekolah ini terpaksa berpindah randah antara 29/8/1948 hingga 3/10/1948 seperti meminjam bangunan sekolah tamil. Antara 4/10/1948 hingga 3/10/1949 menumpang pula dibangunan madrasah di pekan kuala kubu bharu.

Pada 1/5/1951 bangunan sekolah digunakan semuala tetapi kawasan ini masih digunakan oleh pihak berkuasa tentera. Apabila tamat darurat kawasan sekolah menjadi terbiar kerana tidak digunakan lagi. Pejabat Pelajaran Selangor menolak rayuan untuk memperbaiki kawasan sekolah ini dan MPSI pula tidak mengambil tahu selepas pihaknya menyerahkan kawasan sekolah ini kepada pihak tentera.

Pada tahun 1978 kawasan sekolah ini telah dipaga, padang pula telah dibersih dan juga diratakan. Bangunan kantin juga telah dibina.memandangkan jumlah murid yang semakin bertambah bangunan sekolah ini telah diubah suai untuk memperbanyakan bilik darjah.


Pejabat Pelajaran Hulu Selangor yang baru ditubuhkan telah menumpang di sekolah ini. Sekolah ini terus berkembang dengan terbinanya bangunan baru yang siap pada akhir 1983. Pada tahun 1986 sebuah lagi bangunan baru di bina untuk menampung keperluan murid. Guru Besar pada waktu itu ialah encik Zaral Ghafar bin Harmanshah.

Pada tahun 1997 sebuah bangunan pusat sumber sekolah berharga RM40 000 telah dirasmikan oleh YDP PIBG Encik Jaafar bin And Manaf. Balai islam yang dibina berharga RM50000 dengan bantuan baitulmal dan juga kutipan derma dari norang ramai telah dirasmikan oleh yang berhormat Tan Sri Muhamad bin Mohd Taib ADUN kawasan Batang Kali.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu
Jalan Sekolah
Selangor, Malaysia
Telefon = 360641482
Fax = 360641482

Siapa bekas pelajar darjah 1 (1986) ke tahun (1991) darjah 6 itulah saya sebagai pelajar di SKKKB.jom kita sembang2 di fb saya (pepijat aidilfitri raya)..saya juga banyak kenangan indah semasa sekolah disitu.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Salah seorang guru kesayangan saya yg membuat saya mengenal huruf ialah cikgu ( Rospeah idrus) masih ada fb namanya.