Sekolah Kebangsaan Kuala Rimau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kuala Rimau
Lokasi
Pendang, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoBELAJAR UNTUK BERBAKTI
Kod sekolahKBAA075
PengetuaEn. Mohamad Zamri Bin Che Harun
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Mohamad Lotfi Bin Zainol Abidin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Rosmalina Binti Zakaria
Penolong Kanan KokurikulumEn. Mohd Zaher Bin Md Hashim


Sekolah Kebangsaan Kuala Rimau atau nama ringkasnya SK Kuala Rimau, merupakan sebuah sekolah kebangsan yang terletak di daerah Pendang, Kedah. Jaraknya dari Pekan Pendang ialah lebih kurang 6 KM.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kuala Rimau pada peringkat awalnya telah dibina pada tahun 1953. Ianya dibina oleh penduduk–penduduk sekitar Kampung Kuala Rimau secara bergotong-royong. Pada awal pembinaannya, asas bahan-bahan yang digunakan ialah rumbia sebagai atap, bertiangkan kayu bulat, berdindingkan papan dan berlantaikan simen.

Keluasan bangunan ini ialah 20 meter panjang dan 16 meter lebar. Keluasan bangunan ini boleh menampung pelajar pada masa itu seramai 50 orang dengan tenaga pendidiknya yang seramai 4 orang. Walau bagaimanapun, pada 12 Disember 1961, bangunan yang sedia ada ini telah dirobohkan bagi tujuan menggantikan dengan bangunan baru. Bagi tujuan tersebut, kerajaan telah mengambil alih kerja-kerja pembinaannya  dengan menggunakan atap genting dan separuh batu. Keluasan bangunan baru ini ialah 395 meter panjang dan 6.5 meter lebar. Bangunan baru yang disiapkan boleh menempatkan 4 bilik darjah dan sebuah pejabat berukuran panjang 3.5 meter. Bagi menampung pertambahan bilangan pelajar seramai 106 orang dan 8 orang guru serta 2 orang pekerja.

Sekolah Kebangsaan Kuala Rimau telah berkembang dari pelbagai aspek dari masa ke semasa. Pada tahun 1991, sekolah telah dinaikkan taraf bangunannya dengan mendapat satu lagi bangunan tambahan 4 bilik yang dibina secara gotong-royong. Bangunan yang telah siap dibina telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Sri Hj. Osman B. Aroff, Menteri Besar Kedah pada 13 Ogos 1991. Pada berikutnya pihak sekolah mendapat peruntukan kementerian bagi bangunan tambahan iaitu sebuah pejabat disertakan perabot, 2 buah komputer dan sebuah mesin fotostat. Pada tahun 2007, pihak sekolah menerima naik taraf bangunan dengan mendapat peruntukan menukar bumbung bangunan.

Pada tahun 2015, bilangan pelajar di sekolah ini ialah seramai 150 orang termasuk murid-murid prasekolah dengan 20 orang guru dan 4  orang kaki tangan sokongan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kuala Rimau, Mukim Ayer Puteh, 06720 Pendang, Kedah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]