Sekolah Kebangsaan Lahad Datu IV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Lahad Datu IV
Lokasi
Peti Surat 61595, 91124, Lahad Datu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Martabat Bangsa
Nombor sekolah6089867923
Kod sekolahXBA3151[1]
Guru besarEncik Abdul Rauf bin Noh
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Lahad Datu IV atau nama ringkasnya SK Lahad Datu IV, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 61595.

Pada 2023, Sekolah Kebangsaan Lahad Datu IV memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 298 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.Januari 2018[1]

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Pada awal penubuhan sekolah ini, hanya terdapat 3 orang guru sahaja iaitu para pentadbir Puan Sainum selaku Guru Besar, Encik Farid Mira selaku PK HEM, dan Encik Abdul Rahman Marali selaku PK KO-KUM. Nama awal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa. Atas desakan dan perubahan semasa ianya ditukar kepada namanya sekarang ini iaitu Sekolah Kebangsaan Lahad Datu IV (SK LD IV). Ia dibina atas keperluan penduduk setempat yang memerlukan sekolah di kawasan mereka memandangkan sekolah yang sedia ada adalah jauh jaraknya. Pada waktu itu kemudahan pengangkutan adalah amat terhad. Atas desakan keperluan inilah maka berdirilah dengan megah sekolah yang kini dikenali sebagai SK LD IV. Namun demikian, sekolah ini berkongsi dengan sebuah lagi sekolah lain iaitu sekolah kebangsaan payang. Memandangkan sekolah itu merupakan sekolah yang pertama dibina, namun ia dibina di atas tanah yang diperuntukkan untuk SK Lahad Datu IV. Sekolah ini didaftarkan dan mula beroperasi secara rasmi pada 7 Januari 2002 berdasarkan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pejabat pendidikan daerah lahad datu. pada bulan Mei 2002, pihak sekolah telah menghantar cadangan lencana dan lagu sekolah untuk dipertimbangkan untuk menjadi hak milik kekal SK Lahad Datu IV. Pada tanggal 21 Julai 2002, rasmilah lencana dan lagu sekolah yang dicadangkan itu setelah melalui beberapa proses pembaikan. Ia di sahkan oleh Unit Perhubungan Pendaftaran ,Pendidikan Swasta & Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu. Sekolah ini juga telah diselia buat pertama kalinya pada 4 April 2

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada 21hb Jun, Kejohanan Bola Baling MSSDLD Peringkat Daerah Lahad Datu telah berlangsung selama 4 hari yang bertempat di Dewan Sri Perdana. Sebanyak 10 pasukan sekolah di daerah Lahad Datu telah menyertai kejohanan Bola Baling ini termasuk SK Lahad Datu IV sendiri yang dibimbing oleh Cikgu Azlan Shah selaku Jurulatih Utama serta dibantu oleh Ustaz Sokhibul selaku Penolong Jurulatih. Pasukan SK Lahad Datu IV telah memasuki Separuh Akhir setelah menjadi naib johan di peringkat kumpulan. Manakala perlawanan separuh akhir pula SK LD IV telah tewas kepada SK Payang dan perebutan tempat Ke-3 dan Ke-4 diantara SK LD IV dan SK Lahad Datu III. Keputusan rasmi SK LD IV telah tempat ke-4 dalam kejohanan tersebut dan keputusan ini cukup membanggakan untuk semua warga SK Lahad Datu IV. Tahniah Pasukan Bola Baling sekolah.


Pada 21, 22, 23hb Jun, satu Kejohanan Catur Peringkat MSSDLD telah berlangsung selama 3 hari di Dewan Kolej Vokasional, Lahad Datu dan diiringi oleh Cikgu Juliana selaku Jurulatih serta Cikgu Fauzi Ali selaku Penolong Jurulatih serta Ustaz Amir selaku Arbiter. SK Lahad Datu IV juga telah menghantar seramai 12 orang murid untuk mengikuti kejohanan tersebut. Di kejohanan tersebut, seorang murid lelaki SKLDIV yang bernama Adik Axcel Jonny Quirinus telah mendapat No.7 terbaik di daerah Lahad Datu dalam kategori 12 tahun kebawah. Tahniah diucapkan kepada pasukan catur sekolah.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lahad Datu IV
Peti Surat 61595
91124, Lahad Datu
Sabah, Malaysia
Telefon =  6089867923
Fax       = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018