Sekolah Kebangsaan Lahar Budi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Lahar Budi
JenisSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Lokasi , Kedah Darul Aman,  Malaysia


Sekolah Kebangsaan Lahar Budi atau nama ringkasnya SK Lahar Budi, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lahar Budi diasaskan pada tahun 1954 sebagai sekolah rakyat .Ianya beroperasi sehingga tahun 1960. Jaraknya dari jalan besar ke Bandaraya Alor Setar ialah sejauh 10 kilometer. Sekolah ini dibuka pada tahun 1.1.1954 M bersamaan 25 Rabiul Akhir 1373H.

Sekolah ini bermula dengan 3 kelas dan mempunyai 3 kaki tangan. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Tuan haji Ahmad Bin Osman Beliau dibantu oleh Tuan Haji Mokhtar dan Encik Ismail. Tuan Haji Ahmad berkhidmat sebagai Guru Besar selama 19 tahun Status sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan pada tahun 1960 melalui cadangan pelawat sekolah Encik Idrus Bin Hanafi dan disokong oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Encik Shafie Taha, Tuan Haji Awang Bin Yaacob dan Encik Yaacob Bin Yusuf

Bermula dengan 3 kelas dan sehingga mendapat Blok A pada tahun 1984, bangunan tambahan iaitu Blok C telah dibina secara gotong-royong dan siap pad atahun 1987. Sepanjang tahun 1960 hingga 2000 tidak ada sebarang pembangunan yang dibekalkan ,hanya projek kecil iaitu bengkel Kemahiran Hidup dan Makmal Sains pada tahun 1992.

Pada tahun 2001, melalui projek naik taraf, beberapa projek telah dapat disiapkan. Antaranya ialah pejabat, bilik guru, tandas guru, pintu pagar, dan tembok sekolah,sistem peparitan dan mengemaskini pintu dibilik HEM ,surau, Perpustakaan dan Bilik Media.

Keluasan sekolah ini dianggarkan 2.5 relung/5.00 ekar yang mempunyai 6 bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah bilik sains, sebuah bilik kemahiran hidup, sebuah bilik serba guna yang dijadikan bilik sembahyang , bilik tayangan, bilik mesyuarat dan dewan.

Pada tahun 2001 juga, sebuah makmal komputer Fasa 2 di bina dan pada tahun 2002 bangunan makmal komputer dan dapat digunakan sepenunhya pada tahun 2004. Pada tahun 2006, sebuah bangunan Prasekolah telah dibina dan telah beroperasi dengan baik pada tahun 2007 dengan jumlah muridnya 25 orang.

Untuk bersukan, sekolah ini hanya mempunyai sebuah  padang yang kecil hasil usaha keras pihak sekolah dan PIBG menambak dan menambun 1/8 relung keluasan sawah padi milik sekolah untuk dijadikan padang, bagi menjalankan aktiviti pendidikan jasmani dan bersukan.

Sekolah ini sewaktu dibuka jumlah muridnya boleh dikatakan ramai dan dalam Gred C. Apabila digredkan semula, ianya telah dikategorikan dalam kumpulan sekolah Gred B, Sekolah Kurang Murid (SKM) iaitu bilangan muridnya kurang daripada 150 orang murid.

Pada 2009 , jumlah guru adalah seramai ialah seramai 16 orang termasuk seorang Guru Besar, 3 orang guru perempuan dan sembilan guru lelaki, manakala jumlah murid adalah 137 orang.

Kini 2016, jumlah guru adalah seramai 15 orang guru termasuk seorang Guru Besar, 2 orang kakitangan bukan guru, seorang PT NBOS, 3 orang pembantu keceriaan, dan 4 orang pengawal keselamatan yang bertugas bergilir-gilir.

  Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lahar Budi
05400 Alor Setar,
Kedah Darul Aman

Pautan luar[sunting | sunting sumber]