Sekolah Kebangsaan Lebir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Lebir
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pos Kuala Krai, 18000, Kuala Krai,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahDBA8011
Guru besarSuraya binti Latip
GPK Pentadbiran dan AkademikWan Rosman bin Wan Zaif
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMazwani binti Ab. Malek
Penolong Kanan KokurikulumRamadhan bin Mohd Noor
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Lebir atau nama ringkasnya SK Lebir, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pos Kuala Krai.

Pada 2016, Sekolah Kebangsaan Lebir memiliki 78 pelajar lelaki dan 52 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 130 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru (Laporan MNM)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lebir terletak di dalam daerah Gua Musang, Kelantan. Jauhnya dari Bandar Gua Musang ialah 68 km. Sekolah ini terletak di sebuah kawasan yang indah menghijau dengan suasana yang damai serta udara segar. Sekolah ini dibina di kawasan berbukit yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari jalan besar yang menghubungkan RKT Paloh 2 dengan Bandar Gua Musang.. Di bahagian belakang kawasan sekolah ini terdapat kebun getah. Sekolah ini dilengkapi dengan segala kemudahan asas. Terdapat 5 buah blok bangunan di mana satu blok digunakan untuk penempatan 6 buah bilik darjah, surau, Bengkel Kemahiran Hidup, bilik sakit dan bilik buku teks, satu blok untuk Perpustakaan, Bilik Guru dan Bilik Pemulihan, Kantin, satu blok untuk Bengkel Seni Lukis, Makmal Komputer, Makmal Sains dan Bilik Muzik , 1 blok untuk Pejabat dan Dewan Terbuka dan 1 blok bangunan untuk Pra Sekolah.Untuk kemudahan bersukan, sekolah ini juga mempunyai sebuah padang yang sering digunakan untuk aktiviti sukan di peringkat sekolah. Sekolah ini mula dibuka pada 1 Januari 1985 dengan hanya sebuah blok bangunan kayu untuk Bilik Darjah dan Pejabat dan satu blok bangunan kayu lagi sebagai kuarters guru. Walaupun beroperasi dalam keadaan serba kekurangan sekolah ini masih mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pelajar-pelajar perintis sekolah ini telah menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Tahun Lima yang pertama pada tahun tersebut.Pelajar-pelajar yang berjaya telah dinaikkan ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh.

Kini, Sekolah Kebangsaan Lebir masih gagah berdiri dengan bangunan yang serba baru dengan segala kemudahan yang lengkap. Bilangan guru yang ada pada masa ini juga mencukupi iaitu seramai 17 orang dan seramai 6 orang kakitangan termasuk kakitangan swasta.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lebir
D/A Pejabat Pos Kuala Krai
18000, Kuala Krai
Kelantan, Malaysia
Telefon  : TIADA
Fax  : TIADA
Emel  : DBA8011@1bestarinet.yes.my
Laman Web  : sklebir.blogspot.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]