Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat
Lokasi
Lembah Keramat, Hulu Kelang, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBelajar, Berazam, Berbakti
Ditubuhkan2 Januari 1985
Nombor sekolah+603-41082520
Kod sekolahBBA7217
Faks+603-41072521
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat atau nama ringkasnya SK Lembah Keramat, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jln Au 5C/6, Lembah Keramat.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat memiliki 652 pelajar lelaki dan 645 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1297 orang. Ia mempunyai seramai 71 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat mula berfungsi pada 2 hb. Januari 1985. Sekolah ini dibina di bawah “Projek Kilat”.

Nama asal SKLK ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Keramat Hujung. Di atas daya Guru Besar yang pertama Tuan Haji Idris Bin Hassan, selepas beberapa permohonan dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat.

Bangunan asal sekolah ini terdiri dari blok bangunan setingkat yang terdiri daripad 14 buah bilik darjah, sebuah setor, sebuah kantin dan 4 buah bilik tandas. Terletak di kawasan seluas 4,308 ekar.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat
Jalan AU 5C/6, Lembah Keramat
54200 , Selangor,
Malaysia
Telefon = +603-4108 2520
Fax = +603-4107 2521

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://mysklk.blogspot.com