Sekolah Kebangsaan Lubok Terua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Lubok Terua
Lokasi
 Malaysia Jalan Mempateh, LANCHANG, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6092803846
Kod sekolahCBA7011
Faks6092803846


Sekolah Kebangsaan Lubok Terua atau nama ringkasnya SK Lubok Terua, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Mempateh.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Lubok Terua memiliki 164 pelajar lelaki dan 158 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 322 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Lubuk Terua telah diperolehi daripada nama lubuk di Sungai Semantan ke hulu sedikit daripada jambatan di Kampong Mempateh yang ada sekarang ini.

Di tepi tebing lubuk ini tumbuh sebatang pokok yang dinamakan Pokok Terua. Sejarah juga telah membuktikan Lubuk Terua telah dijadikan pengkalan oleh saudagar-saudagar yang menggunakan sungai tersebut.

Tempat ini juga merupukan kubu pertahanan dan tempat memungut cukai pada zaman dahulu.

Sempena dengan nama Lubuk Terua, sebuah sekolah telah didirikan pada tahun 1910. Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu ini telah dibina oleh pihak British, mempunyai dua bilik darjah.

Ia boleh menampung 50 murid dari darjah satu hingga darjah lima. Pada masa itu, Cikgu Kidam, telah diberi tugas sebagai guru besar dengan dibantu oleh guru penolong.

Pada zaman Malaya di bawah pemerintahan tentera Jepun, sekolah tersebut terpaksa ditutup kerana ia telah dijadikan markas tentera dan dibuka semula apabila pihak British mengambil alih pemerintahan.

Pada tahun 1950 sebuah bangunan tambahan telah didirikan. Di samping itu, pondok kecil yang telah dijadikan bilik darjah juga di bina bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah.

Namun begitu ia telah dihanyutkan air ketika banjir besar melanda kawasan ini pada tahun 1971.

Pada tahun 1977, sebuah bangunan baru telah didirikan di tapak baru (sekolah sekarang) yang tidak jauh dari sekolah lama (blok A).

Pada 5 Januari 1981, sebuah lagi bangunan tambahan yang mengandungi empat bilik darjah (blok B) telah didirikan.

Pertambahan murid yang ramai menyebabkan sebuah lagi bangunan telah dibina melalui projek gotong-royong pada tahun 1989 (blok C).

Bangunan ini mengandungi empat bilik darjah yang sekarang digunakan untuk murid-murid Pra sekolah, 1C, Tahun 1P dan Tahun 2C.

Sebuah lagi banguan yang mengandungi dua bilik darjah (blok D) telah didirikan pada tahun 1998. ==

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Lubok Terua
Jalan Mempateh
Pahang, Malaysia
Telefon = 6092803846
Fax = 6092803846

Pautan luar[sunting | sunting sumber]