Sekolah Kebangsaan Malangang Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Malangang Baru
Lokasi
Peti Surat 391, 89257, Tamparuli,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088782784
Kod sekolahXBA4328
Guru besarACHIN BIN MARUDU
GPK Pentadbiran dan AkademikSOINI @ MUHINIE BT SOIDIN @ SAIDIN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMARILYN GIMBUN
Penolong Kanan KokurikulumDALITAH MADIN
Faks088-782784
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Malangang Baru atau nama ringkasnya SK Malangang Baru, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 391.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Malangang Baru memiliki 87 pelajar lelaki dan 93 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 180 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Malangang Baru yang terletak kira-kira 8 km dari Pekan Tamparuli dibina sekitar tahun 1983. Nama asal sekolah ini ialah Native Volentary School/Sekolah Sukarela Rakyat (N.V.S). Ketika itu bangunan sekolah dibina daripada kayu-kayu bulat, berdindingkan bambu yang dibelah-belah, beratapkan rumbia dan berlantaikan tanah.  Bangkunya menggunakan kayu bulat, manakala mejanya menggunakan papan panjang sahaja. Pada awal pembukaan sekolah ini,i hanya mempunyai 60 orang murid sahaja yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan tenaga pengajar hanya seorang guru sahaja iaitu En. Rolland Gamar yang juga merupakan Guru Besar yang pertama di sekolah ini.

Sekitar tahun 1970an, sekolah ini telah dipindahkan ke kawasan baru iaitu tapak sekolah ini sekarang, terletak bersempadan dengan kampung Malangang Lama, kira-kira 1 km dari bangunan sekolah lama. Bangunan sekolah baru ini mempunyai 2 blok bangunan yang diperbuat daripada papan, dan juga mempunyai 2 unit rumah guru. Sekolah ini juga mempunyai kemudahan bekalan seperti bekalan elektrik, telefon dan juga air. Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada penduduk kampung berhampiran iaitu Kg. Malangang Baru, Kg. Malangang Lama, Kg.Tombung, Kg. Ponohuon, Kg. Tompinahaton dan Kg. Namadan.

Memadangkan lokasi sekolah terletak di Kampung Malangang Baru Kiulu maka secara rasminnya nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Malangang Baru Tuaran berkuatkuasa pada 8 Jun 1978 dengan perasmian bangunan sekolah oleh Yang Berhormat Toh Puan Hajjah Rahimah Stephen, Menteri Kebajikan Masyarakat dan perpaduan Negara. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 2006-2010) sebuah blok Prasekolah dan Makmal Komputer telah dibina sebagai tambahan kepada dua blok bangunan sekolah sedia ada.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu Sekolah

Sekolahku Tercinta

Berdiri Megah Indah Perkasa

Mendidik Putera Puteri Bangsa

Generasi Berjaya

Padamu Tersandar Harapan

Semangat Waja Capai Impian

Usaha Tekun Berwawasan

Pemimpin Masa Hadapan

SK. Malangang Baru

Kami Bangga Jadi Wargamu

Akhlak Mulia Kekal Berpadu

Insan Berdaya Maju

Cemerlang Gemilang Terbilang

Yakin Diri Terus Berjuang 

Tempuhi Segala Rintangan

Ilmu Teras Kejayaan

Ikrar Pelajar[sunting | sunting sumber]

Bahawasanya Kami

Murid-murid SK. Malangang Baru Tuaran

Berikrar Dan Berjanji

Akan Mematuhi

Peraturan Dan Undang-Undang Sekolah

Serta

Menghormati Ibu Bapa Dan Guru

Kami Juga Berjanji

Akan Belajar Bersungguh-Sungguh

Dan Menjadi

Insan Yang Berakhlak Mulia

Serta

Mengharumkan Nama Baik

Sekolah Kami.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. Rolland Gamar                          1963 – 1970
  2. Ruhaimin Azmi                          1971 – 1972
  3. Mohd.Yusof J.Linggok                   1973 – 1974
  4. Mohd.Saidi Abd.Ghani                   1974 – 1980
  5. Arjikal Mohammad                       1981 – 1982
  6. Eming Dusin                            1982 – 1983
  7. Yahya Laseh                            1983 – 1984
  8. John Rengoh                            1985 – 1993
  9. Jovinis Lawadih                        1994 – 2013
  10. Achin Marudu                           06.05.2013 hingga sekarang

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Malangang Baru
Peti Surat 391
89257, Tamparuli
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088782784
Fax = 6088782784

Pautan luar[sunting | sunting sumber]