Sekolah Kebangsaan Padang Sanai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Padang Sanai
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan


Sekolah Kebangsaan Padang Sanai atau nama ringkasnya SK Padang Sanai, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Padang Sanai(SKPS) mula ditubuhkan pada tahun 1961 hasil inisiatif penduduk setempat di atas sebidang tanah berhampiran sungai Padang Terap bagi memenuhi keperluan pendidikan anak-anak di empat kampung sekitarnya iaitu Kampung Padang Sanai, Kampung Ulu, Kampung Banggul Sembilan dan Kampung Kubang Palas. Pada awal penubuhan SKPS mempunyai seramai 74 orang murid dan 6 orang guru. Terdapat juga beberapa anggota polis Balai Padang Sanai turut menjadi tenaga pengajar sukarela bagi menampung kekurangan guru. Menjelang tahun 1970 lokasi SKPS telah diubah ke Kampung Banggul Sembilan atas keperluan kedudukan yang lebih strategik. Bangunan satu tingkat telah dibina yang dilengkapi padang permainan, kantin, perigi dan tandas. Pada tahun 1978 sebuah bangunan dua tingkat dibina bagi menampung kekurangan bilik darjah termasuk pejabat, bilik guru dan perpustakaan. Ia telah dirasmikan oleh Dato’Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Pelajaran ketika itu. Pada tahun 2000 sebuah bagunan empat tingkat dibina meliputi kemudahan pejabat, bilik guru, bilik darjah, bilik sains, makmal Kemahiran Hidup, stor sukan dan Pusat Sumber. Selain itu, sebuah makmal komputer turut dibina dengan bekalan sebanyak 10 buah komputer. Pada akhir tahun 2010 sebuah bagunan prasekolah telah dibina bagi menampung keperluan murid prasekolah yang semakin bertambah. Bangunan ini telah siap sepenuhnya Mac 2011.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]