Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak
Lokasi
 Malaysia Kampung Pagar Sasak, KUALA LIPIS, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6093111019
Kod sekolahCBA3016
Faks0


Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak atau nama ringkasnya SK Pagar Sasak, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Pagar Sasak. Sekolah ini telah dibina pada tahun 1918. Pengasas sekolah ini ialah Md Yunus bin Uda Deman, iaitu Penghulu Mukim Kechau pada masa itu. Sekolah ini bermula sebagai sekolah rakyat. Walau bagaimana pun, sekolah ini telah diambil alih oleh kerajaan pada tahun 1948. Guru Besar pertama yang dilantik selepas diambilalih oleh kerajaan ialah Encik Husin bin Bakar.   Pada asalnya, sekolah ini hanya terdiri daripada sebuah bangunan sahaja. Bangunan lama sekolah ini telah dinaiktaraf dan dijadikan kelas prasekolah pada masa sekarang. Kemudian, bangunan tambahan telah dibina, yang kemudiannya menjadi bangunan utama. Bangunan ini sekarang menempatkan Dewan Pasak Bicara, Bilik J-Qaf dan Pusat Akses.   Pada tahun 2003, sebuah bangunan baru empat tingkat telah siap dibina dan diduduki. Di sini terletaknya pejabat pentadbiran, bilik guru, pusat sumber, bilik darjah serta pelbagai kemudahan lain yang lebih baik dan lengkap.

Maklumat lanjut berkaitan sekolah ini boleh diperolehi menerusi laman http://skpslipis.blogspot.com

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Telefon = 6093111019
Fax = 6093111019

Pautan luar[sunting | sunting sumber]