Sekolah Kebangsaan Pekan Pensiangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pekan Pensiangan
Lokasi
Peti Surat 62, 89957, Nabawan, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah087-366204
Kod sekolahXBA1104
PengetuaEncik Joseph Antaing Elloh
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Lies Pitoh Anguyong
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Jamil Datuk Lindong
Penolong Kanan KokurikulumEncik Bauni Guntabid
Faks087-366051
Map


Sekolah Kebangsaan Pekan Pensiangan Komprehensif 9 atau nama ringkasnya SK Pekan Pensiangan K9, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 62.

Sekolah ini telah dinaiktaraf daripada SK Pekan Pensiangan kepada SK Pekan Pensiangan K9 bermula tahun 2014 di mana sekolah ini mula menerima murid Tingkatan 1 sebanyak 60 orang dan ditempatkan dalam 2 kelas. Guru Besar ketika itu ialah Encik Barati Amaron. Semasa kemasukan murid-murid tersebut, guru-guru menengah masih belum ditempatkan jadi tugas tersebut diambil alih sementara oleh SISC+ PPD Nabawan. 1 guru menengah wanita tempatan ditempatkan di situ iaitu Cikgu Masliana setelah seminggu beroperasi. 2 minggu, kemudian, seorang penyelaras K9, Cikgu Shitor dan 5 orang guru lelaki dari Semenanjung ditempatkan iaitu Cikgu Izwan, Cikgu Jamali, Cikgu Sazali, Cikgu Faris dan Cikgu Zaki. Pada bulan yang seterusnya, 3 lagi guru lelaki dari Semenanjung telah ditempatkan iaitu Cikgu Radi, Cikgu Khairul dan Cikgu Muslim. 10 orang guru ini merupakan guru perintis yang menerajui bahagian menengah K9 dengan jayanya. Sehingga Mei 2015, terdapat 108 murid Tingkatan 1 dan 2 di bawah kepimpinan Cikgu Joseph Antaing Elloh sebagai Guru Besar menggantikan Cikgu Barati serta GPK seperti Cikgu Lies Pitoh, Cikgu Bauni Guntabid dan Cikgu Jamil Datuk Lindong.

Pada tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Pekan Pensiangan memiliki 97 pelajar lelaki dan 68 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 165 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SK.Pekan Pensiangan telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menubuhkan sebuah Sekolah K9 ( Komprehensif 9 tahun iaitu dari Tahun Satu sehingga Tingkatan Tiga) untuk Sekolah pedalaman. Tujuan penubuhan Sekolah K9 ini adalah untuk menempatkan murid-murid yang tercicir dari Sekolah Menengah dalam daerah Nabawan seperti dari SMK. Sepulot, SMK. Nabawan II dan SMK. Nabawan. Faktor utama keciciran murid di Daerah Nabawan ini adalah jarak jauh dari rumah dan akses kepada pengangkutan yang terhad. .Dengan tertubuhnya Sekolah K9 ini, masalah keciciran murid-murid di kawasan pedalaman dapat diatasi.             Pada 2 Januari 2014 , SK.Pekan Pensiangan K9 memulakan persekolahan pada sesi pagi dengan membuka dua Kelas Tingkatan Satu iaitu Tingkatan 1 Bestari dan Tingkatan 1 Bijak. Murid-murid yang memulakan sesi pembelajaran di Sekolah K9 ini seramai 62 orang dan kesemuanya tinggal di Asrama Desa. ‘Feeder School’ bagi  Sekolah K9 ini ialah SK. Saliliran, SK. Sibangali, SK. Salinatan, SK. Tinanduk, SK. Logongon, SK. Babalitan dan SK. Pekan Pensiangan.

              Seramai 10 orang Guru Siswazah dihantar atau ditempatkan di SK. Pekan Pensiangan K9 ini untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Seramai 8 orang Guru Siswazah dari Semenanjung dan 2 orang Guru Siswazah dari Sabah.

Boleh dikatakan, kesemua murid-murid yang bersekolah di sini merupakan suku kaum Murut Tahol. Tahol merupakan nama sungai yang terdapat di kawasan ini. Sebahagian besar murid-muridnya merupakan penduduk tempatan Pekan Pensiangan. Manakala yang lain berasal daripada kampung-kampung sekitar seperti Sabinait, Sibanggali, Saliliran dan sebagainya.

Peringkat umur murid-murid di sini adalah pelbagai. Walaupun kelas yang ditawarkan adalah Tingkatan 1, namun usia murid-murid yang menduduki kelas tersebut dalam lingkungan 13 - 17 tahun. Kebanyakan ibu bapa murid bekerja sebagai petani dan ada dalam kalangan mereka yang merupakan anak kepada ketua-ketua kampung.

Pada awal penubuhan sekolah ini, murid-murid telah disaring bagi menentukan tahap kecerdasan mereka. Kemudian, pada bulan Mac, murid-murid telah diasingkan kepada dua kelas iaitu kelas perdana yang mengikuti silibus Tingkatan 1 dan kelas Pemulihan yang mengikuti silibus pemulihan. Hal ini dilakukan bagi membolehkan murid-murid di kelas Pemulihan menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Bermula penggal kedua 2014, kesemua murid telah mengikuti silibus Tingkatan 1.

Kini, jumlah murid yang menuntut di SK Pekan Pensiangan (K9) adalah seramai 100 orang dan terdiri daripada murid Tingkatan 1 dan 2.

Pada tahun 2016, buat pertama kalinya murid tingkatan 3 menduduki PT3. Selepas itu murid-murid meneruskan tingkatan 4 di sekolah-sekolah menengah lain di dalam Daerah Nabawan.

Pencapaian
[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pekan Pensiangan
Peti Surat 62
89957, Nabawan
Sabah, Malaysia
Telefon = 087-366204
Fax = 087-366051

Pautan luar[sunting | sunting sumber]